NASI GORENG NENAS II....PROMOT BLOG 2 - 9.

P1250720
Assalammualaikum, salam pagi Jumaat, penghulu segala hari. Apa khabar anda semua, ok ke..sehat ke...tak ketat kan?..Mat pun ok dah, cuma rasa ting tong sikit2. Hari ni share nasi goreng lagi, jemu kan..tak pe lah dah tu yang mat masak, jadi mat share lah. Semua orang boleh masak nasi goreng ni. Sejak2 ni mat letak resipi mudah2kan, sebab mat perhatikan orang2 muda mula singgah blog aku, yelah bukan nak kata depa tu tak bijak, tapi saja bagi idea..

P1250723
Nasi goreng nenas ni ada nuansa rasa dari tanah gajah putih atau pun Thailand. Mat guna nenas sarawak hasil dari farmville, manis gilaa u nenas tu. Mat letak dalam 1 cawan nenas yang telah didadu, nasi pulak dalam 4-5 cawan macam tu, nasi semalam. Sebenarnya mat bungkus nasi tu dengan telur dadar, tapi masa nak potong buat X.. mat tersunat lebih, jadi terrabak terus..alahh hai kesilapan teknikal, jadi terus mat buka dan selit kan kat bawah...hmm boleh lah kann. Ok, kali mat nak promot satu blog lagi...dah tentu lah blog wanita.....dan dia ialah..

Erkk, pesal kecik noo header dia..hehe, tak kesah lah kan..Kali ni kita berkenalan dengan Retnawati atau biasa kami panggil dia Retna atau Ret..bukan Rat yeaa, elok2 ejaaa..Ako tetap AKO tu lah nama blog Retna, AKO tu maksudnya AKU, bukan kueh AKOK. Mat kenal lama juga dah Retna ni, masih single u..wahh suka DATO yang masuk blog DTS ni..haha. Orangnya ok, manis dan sweet gitu kan Ret (pengsannnn)...mula lah perasan lahh tuu..hahaha..ok nak tau sweet ke sweat ke, boleh tengok blog dia di sini.. Ok settle satu, kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 cawan nasi sejuk, leraikan
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping dada ayam, didadu
1 cawan nenas yang telah didadu
2-3 camca besar sos ikan
1 camca besar cili kisar
2 biji telur, dikacau sedikit
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili padi merah/hijau, untuk hiasan

BAHAN TELUR DADAR :-)
4 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam
1/2 camca besar tepung jagung
1/4 cawan susu segar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, udang kering dan cili kisar hingga harum, masukkan ayam dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali, dan masukkan 2 biji telur, kacau rata dan gaul. Tuang sos ikan dan masukkan nenas, gaul rata.
  2. Masukkan nasi besarkan sedikit api dan gaul pantas. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan sos ikan, bila ok, boleh matikan api. Ketepikan sekejap
  3. Panaskan non-stick pan 10 inci dengan sedikit minyak, dadar telur tadi anggaran 1/2 cawab atau lebih sikit untuk menghasilkan telur dadar nipis. Bila kelihatan permukaan telur dadar kering, senduk kan nasi anggaran 2 senduk, kemas kan dan bungkus dengan telur tadi.
  4. Terlungkupkan atas pinggan sesuai dan buat potongan X pada permukaan telur, buka dan kemaskan. Tabur hirisan daun bawang dan hirisan cili padi merah dan hijau. Hidangkan panas...