MAT GEBU NI TAMAK...KANNNN.....

Tags

Huhh....ada ke patut kata aku tamak...hmm itu lah antara yang msg yang pernah mat dapat dulu, tak pe lah...aku ngaku je aku ni tamak, sampai habis tanah kebun mak bapak koo orang pun aku kaut sama buat ladang kelapa sawit kannnnn.... Isu ni mat dah lama simpan, ada segelintir "cop" mat gebu tamak...erkk, kerana aku masuk dalam 3 aliran blog, terus kata aku tamak...meh sini pakcik mat nak story sikit yea darling2 semuaa...

BLOG MASAK-MASAK :- Arena blog masak2 lah yang menjadi titik asas blog mat, koo ingat kalau aku tak suka masak, tak boleh masak dan tak tau masak, nak kee aku susah2kan diri buat blog ni dan share serba sedikit ilmu pinjaman ni pada semua?...Kesimpulannya, blog masak menjadi pilihan utama mat gebu.. ada masalah?....

BLOG ANTIK :- Yang ni kira umum, koo minat, koo ada duit (bukan nak kata aku ni banyak duitt plak), koo ada kesabaran , koo ada kerajinan, sila lah join, tak sapa larang... nak ajak mak, abah, pak long semua join sekali pun boleh, lagi satu, mat gebu kan kolek barang2 antik, retro dan barang2 lama, jadi kira releven lahh aku join blog antik tuuu..koo tengok set pinggan mangkuk aku, antik kann...jadi tak de yang tak kena kan...

BLOG PERSONAL :- Yang ni paling bess, tak pasal2 aku boleh suka pulak, walaupun blog aku ni menyimpang jauh sebenarnya..yelah blog personal semuanya menarik2 belaka, dengan tulisan, penceritaan, coretan2 tinta emas dengan ayat2 indah dan mencuit perasaan. Kalau nak banding dgn blog masak aku..Ya Allah ibarat langit dengan bumi jauhnya...blog masak2 ni tak glamer langsung dah lah tuu 2nd class lagi. Sumpah makan sate 10 cucuk, aku terjerumus ke blog personal ni sebab kan Ben Ashaari, yang ni aku tak boleh nak nafikan.....dannnn juga mencabar, yelah tiba2 lalat boleh melintas sampai bertelur kat blog aku....lepas tu merebak pulak ke blog geng masak2 yang lain...Itu satu petanda jugak..nak tau apa, tu petanda blog kita ni jadi perhatian...yesss aku banggaaa sehh lalat sudi singgah...terima kasih lalat...i lep u!!

Mmmmmmmmmmmmm..haaa, legaa sikit kepala otak aku lepas tulis n3 ni..ok lah jumpa esok dengan N3 lain..tu pun kalau sempat lahh..aku memang cadang nak cuti kan DTS ni 2-3 minggu, tengok lah macam mana nanti.....boleh caya ke?... Salam sayang dari DTS-Mat Gebu...