MEE HOON SUP.....UNTUK AKU DEMAM..

P1260072
Salam semua, selamat petang, tau2 Jumaat sudahh...Erkk lagi seminggu, insya allah 12 hb March ni....jeng..jeng..jeng...haha...Oitt, bukan aku nak kawen laaa, tapi ada lahh..kita tunggu sama2, itu pun jika diizinkan Allah swt, mudah2an mat gebu tak demam, dan sihat. Hari ni mat memang kurang sehat, pagi2 dahh pancit, pening pala, mata berair, demamm, huhu.. Tapi sempat gak masak sup ayam, makan dengan mee hoon je, lepas tu aku lambakkan sambal kicap, perghh berair idung segala, telinga pun jadi merah jambu pink...seksi kann...haha, loya terusss...Ohh yea buat mana2 yang terlepas pandang kesah skandal mat gebu dengan ben ashaari, boleh lah baca nanti kat N3 ben yang ini... Ok jom semak resipi, sesuai untuk yang demam macam mat gebu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam)
4 - 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
Air secukupnya
Mee hoon secukupnya dicelur hingga lembut dan toskan
Sambal kicap
Tauhu, goreng dan hiris (tak letak)
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus

B (BAHAN TUMIS)...
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankana api dan renihkan.
  4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  5. Letak mee hoon secukupnya dalam bekas sesuai, isi dengan sup ayam serta isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka..