MINUM PETANG GAYA ORANG JOHOR..

Tags

P1260064
Salam semua, erkk, ni malam Jumaat kan..seramm kann, nak cerita sikit perihal petang tadi. Anda tau kan rumah lama mat telah diruntuhkan, makanya tadi pekerja2 tu semua mula proses menggali untuk tapak rumah baru. Bila sampai satu bahagian anjung rumah lama, tiba2 pekerja tu terhentak sesuatu, kebetulan abang sulung mat ada kat situ...Budak2 pekerja tu semua takut nkoo nak ambik, jadi abang sulung mat ambik dan benda tu kan sebiji periuk tanah kecil lama yang tutup telah pecah, dalamnya terdapat kain putih yang bersih tanpa cacat cela...pelik lagi aneh..sebabnya seingat kami lahh...dalam waktu terdekat tak de sesiapa yang pernah menanam sesuatu kat situ, kecuali arwah datuk kami masa dia buat rumah tu dulu, hampir 50 tahun lepas, jika begitu lama, sudah pasti kain putih juga telah reput dan ada sisa kekotoran...misteri kann...hmmm moga allah swt menjauhkan keluarga kami segala keburukan di dunia dan akhirat kelak...Malam ini pekerja2 tu bermalam dirumah lama tersebut moga Allah memelihara mereka semua...aminnn...

P1260068
Petang tadi bonda goreng pisang nipah, hmmm sedap, makan dengan sambal kicap. Orang Johor memang wajib makan dengan sambal kicap. Kena pulak dengan teh atau kopi..hmm memang ngan gitu. Nama N3 kan main siap kata minun petang gaya orang Johor, tapi hakikatnya semua negeri pun sama jee. Sebenarnya N3 ni saja sebagai pengisi malam ini sebelum mat masuk tidur. Keadaan diri pun tak ok sangat, selsema, dan sakit tekak, tapi nasib baik tak batuk. Sakit2 tekak ni kan bila kena ais krim, hmmm punya lahhh sedap, licinnn jee rasa tekak tu..huhu...Hmm nak letak resipi apa eks....mat letak je lah gaya bonda ku goreng pisang tadi dan sambal kicap..

BAHAN-BAHANNYA :-)
Pisang nipah secukupnya
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
Secubit camca teh soda bicarbonate
1 biji telur
Beberapa titik pewarna kuning (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya kurang lebih 1 cawan (agak2)

BAHAN SAMBAL KICAP :-)
20 biji cili padi merah thai
2 ulas bawang putih
2-3 camca besar gula
Kicap lemak masin secukupnya (mat guna jenama Jalen)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat. Tambah gula pasir dan tumbuk lagi hingga gula hancur, tuang kicap secukupnya, kacau rata dan ketepikan.
  2. UNTUK PISANG GORENG :- Satukan tepung beras, tepung gandum, soda bicarbonate, garam secukup rasa dan telur, kacau rata. Tuang air sediki demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Letak sedikit pewarna kuning jika suka. Rehatkan 20 minit. Kemudian boleh lah goreng pisang seperti biasa, hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan hidang bersama sambal kicap...