ROTI KIRAI @ ROTIJALA...

P1290364
Jemput sarapan semua.. Sebab ada gulai babat jadi pagi tadi mat pun bancuh adunan roti jala @ roti kirai. Mat pun mengirai lah kejap tadi kat dapur...sekejap je buat dia, kalau dah mula mengirai, rasa seronok, seriuss!!. Kadang2 orang melyau ni bijak kan, adunan ala2 lempeng je tapi buat ala2 jala dah dibagi nama roti jala atau roti kirai...eh kejap2..ada ke antara anda tau asal usul dia, yelah kan kang aku pandai2 tulis, ada pulak orang lupa makan ubat men"cibai" kan mat gebu dalam komen....jadi yang mana tau, pandai, atau keturunan dia lah yang mula2 buat roti jala ni, sila bagi komen dan cerita sikit asal-usul dia yea....jangan lah maki2, tak baik...dosa!..

P1290368
Mat buat dalam 1 cawan tepung macam tu dan dapat dalam 10 roti jala. Mat suka gulung saja, tapi terpulang pada anda nak lipat 3 segi pun ok. Ada juga mat perasan orang letak inti dalam dia dan gulung ala2 kueh ketayap. Sedap dimakan bersama kuah kari dan apa2 saja, dengan sambal tumis pun sedap. Lagi satu roti kirai ni versatile, boleh buat untuk pelbagai majlis, samada formal atau pun santai. Sekarang mat banyak nampak orang buat roti kirai gunakan botol plastik yang ada 3 muncung tu, lawa jugak kan, yang tu baru betul rupa macam jala..mat belum ada, nanti dah ada mat try buat pulak..Ok jomm kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan + 3 camca besar air
2 camca besar mentega cair (mat guna minyak masak)
2 camca besar santan (mat guna susu cair)
Garamm secukup rasa
Beberapa titik perwarn kuning
Kuah kari, kuah gulai atau sambal tumis untuk mencicih*

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda (*), kacau rata dengan whisk hingga licin dan tapis, atau masukkan dalam alat pengisar dan kisar halus. Rehatkan sekejap.
  2. Lenser non-stick pan saiz 9 inci dengan sedikit minyak. Isi adunan tadi dalam bekas membuat roti kirai, kemudian kiraikan atas pan tadi secara berangkai dan semua kiraian bersambung antara satu sama lain. Gunakan api sederhana.
  3. Kemudia bila permukaan roti kirai kelihatan pucat, boleh lah anda gulung atau lipat, selalunya mat lakukannya dalam kuali tu juga menggunakan sudip kayu kecil. Buat hingga siap dan hidangkan bersama kuah kegemaran anda, nak makan dengan serawa durian pun sedap...