TUNA KICAP PEDAS....SEDAP DENGAN BUBUR NASI.

Tags

P1290470
Salam malam, entri sebelum masuk tidur, mat letak satu resipi mudah. Sebab mat masak ni, kerana siang tadi mat buat bubur nasi, atas permintaan dan juga untuk anak buah yang kecik sekali tu. Satu petua untuk memasak bubur nasi selain menggunakan slow cooker, mat selalunya akan memasak menggunakan api kecil dan nisbah beras : air ialah 1 : 6@7 ini bergantung juga kualiti beras yang kita guna, kalau beras super tempatan, ratio tadi kira memadai, kalau beras wangi yang kandungan kanji dia tinggi, anda mungkin boleh tambah sedikit lagi air. Letakkan sehelai daun pandan yang disimpul dan sedikit garam. Kacau sekali sekala. Masak hingga kembang dan pekat. Boleh hidangkan...Ok mat tulis resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 kepingan ikan tuna
1 batang leek, kerat dan rendam
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 camca besar cili kisar
3 camca besar kicap pekat manis
Sedikit air
1/2 camca teh cuka makan
Hirisan daun kuchai sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng ikan tadi tapi jangan sampai garing, bagi dia embal2 atau lembap2 tapi pastikan masak. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih, leek (toskan) dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kicap pekat, masak sekejap dan tuang sedikit air. Masukkan cuka makan, cili hijau dan merah.
  3. Masak hingga sedikit pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan kuchai sebelum dihidangkan bersama nasi atau bubur, tapi mat lagi suka makan dengan bubur nasi..