KERABU IKAN TONGKOL....VERSI "KAK NOR".

P1290770
Assalammualaikum, salam Isnin semua, hari ni 11 hb kan, esok 12hb kan..huhu cepatnya masa. Hari ni share resipi mudah tapi sedap. Mat buat semalam, tapi kan semalam mat cuti dan tak on laptop langsung, keculi malam tadi masa balik tu, mat on kejap. Kerabu ikan tongkol versi kak nor secubitgaram, di sini, mat suka lah, sebab ada tomato dan hirisan kacang botol, rasa macam balance je dengan rasa asam, manis dan kelemakkan ikan tongkol tu. Sedap dimakan bersama nasi panas, makan lauk tu saja pun dah ok..sedap. Tapi tulah seperti mat selalu kata, sedap pada tekak kita tak mungkin sama dengan orang lain. Citarasa kita berbeza2 kan. Apa2 pun anda kalau ingin cuba sesuatu yang agak lain, boleh juga ganti dengan ikan kembong, atau tenggiri...Ok kita semak resipi dia......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ikan tuna/tongkol saiz sederhana, dibersihkan
2 labu bawang besar, hiris halus
2 biji cili merah, hiris halus
5 biji cili padi, hiris halus
Sedikit jus asam jawa + secubit belacan = diramas
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturi secukupnya
6 batang kacang botol, hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan potong kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibelah dua, cuci dan lumur dengan sedikit garam, kemudian bakar hingga masak pada kedua-dua bahagian. Kikis keluar isinya dan ketepikan.
  2. Satukan isi ikan tadi dengan bahan2 diatas, perasakan dengan bancuhan asam jawa + belacan, garam, gula dan jus limau kasturi secukup rasa. Hidangkan segera bersama nasi hangat..hmm i likee!!