GULAI LEMAK KETAM....MAAF BARU PERASAN..

P1300415
Salam enam Ramadhan pasa semua, syukur alhamdulillah dengan izin dari yang Esa, selesai sudah 6 hari kita berpuasa. Moga semuanya dipermudahkan. Hari ni mat masak gulai lemak ketam, resipi seperti biasa yang mat masak. Tapi kan tekak dah tak boleh nak masuk dah, mat cuma makan tempe dia saja. Sebab bigboss dan anak2 keponakan ku suka gulai ketam ini, maka pak usu dia pun masak saja lah, kesian pada yang berpuasa tu kan. Sejarah juga ni hari, tiba2 petang tadi mat gebu pancit di dapur, nyaris2 aku pitam, kalau tak, awww tak rela ai jadi sleeping not so beauty, tergolek dog atas lantai dapur dengan tangan sebelah pegang senduk..haha, biasalah trademark kan. Apa2 pun syukur alhamdulillah lepas 5 minit macam tu, ok balik dah dan boleh sambung memasak. Terima kasih pada bonda atas bantuannya yang menlunaskan penyediaan bahan2 mentah siang tadi....

Dannn mat sebenarnya nak minta maaf pada sorang blogger ni, tadi mat saja type keyword kat google search dan sekali terlekat kat satu blog ni, dan mat pun singgah. Rupanya dia ada buat entri untuk DTS-BA (mat gebu - ben ashaari) bertarikh Rabu - July 20, 2011.. Huhu lama dah kan, minta maaf sebab mat baru jumpa. Pada blogger Fizarose, terima kasih dari kami untuk anda....jika nak tau apa cerita dia, sila berani2 klik sini.... Ok, sekarang kita semak resipi pulak....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg ketam bunga (bersepit biru)
3 keping tempe, dadu besar2 (guna tempe berbalut daun)
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3-4 biji cili merah
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, ketuk2 sedikit jangkirnya (penyepit), kerat kaki2 kecil dan jika ketam besar, kerat 2, cuci bersih dan masukan ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Masak hingga mendidih dan ketam bertukar warna.
  2. Tuang santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan tempe dan asam gelugor, masak hingga tempe lembut. Tambah pati santan, daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau rata
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man....Pengsann's >_<