KALI NI MEMANG SAH....HARAM...HUHU..

Tags

Salam semua, isu butter Golden Churn menjadi begitu hangat di kalangan kami blogger masak2 dan juga dikalangan baker's. Kejap kata ok, kejap tak ok, dan akhir nya kenyataan rasmi telah di keluarkan dan mengesahkan ianya memang mengandungi dna babi..aduhh memang babii betullahh kan, apa yang sedap, yang kita dok guna sejak zaman tok nenek masih anak dara, tau2 ada lemak babi....grrrr.... Maka dengan rasminya 7 tin butter golden churn milik mat gebu akan disingkarkan..sila angkat beg masing2 okehh....

Malas nak kata apa, anda klik pic keratan akhbar tu dan sendiri baca...yea (klik bagi besar). Terima kasih pada sunah...lepas ni anda penggemar kek lapis sarawak sila berhati2 yea...bab2 halal dan haram bahan2 makanan ni memang kita kena prihatin sangat..sebab benda akan jadi darah daging..Ok tu saja untuk kali ni, salam sayang dari DTS-MAT GEBU...