UDANG NESTUM.....GATAL TAPI SEDAP!

Tags

P1300227
Ohh udang, gatal tapi sedap.cobaaannn's, ok petang ni mat masukkan 1 lagi entri masak2 sebelum mat gebu memulakan operasi di dapur tanpa sempadan ku. Resipi asal dari salah sorang geng masak2 MyResipi. Tapi mat buat dalam 300 gram sahaja. Sebenarnya ini semalam mat buat masa Sunah dan teman2 datang ke rumah, tapi mat masukkan hari ni, memandangkan semalam tak dann lahh nak up entri masak2 kerap sangat. Resipi dia mudah dan ringkas, sedap pun yea..hmmm tapi mat pun makan 1-2 ekor sahaja, takut kang bergaru2, berguling2 kegatalan. Resipi macam ni sedap dihidangkan segeran, kerana nestum dia rangup dan lebih sedap. Ok kita semak resipi dia yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram udang saiz sederhana
Sedikit garam*
1/4 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit gula*
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi, hiris halus
1 tangkai daun kari
1/4 cawan susu sejat
1/2 camca besar tepung beras
1/3 cawan nestum
1 biji telur
Sedikit garam, lada hitam dan gula
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang digunting hujung muncungnya, kerat kaki2 kecil, cuci dan toskan. Gaul dengan bahan bertanda (*), perap 15 minit. Kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan tos, ketepikan.
  2. Telur, susu sejat dan tepung beras disatukan, kacau hingga semua sebati. Panaskan mentega dalam kuali tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga harum, masukkan udang, gaul rata. Tuang bancuhan telur tadi, gaul hingga rata dan kering.
  3. Masukkan nestum, gaul lagi, tambah garam secukup rasa, serbuk lada hitam dan sedikit gula, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera selagi panas.