SAUSAGE CURY PUFF...

Tags

P1300260
Salam semua, sekejap kan 1 ramadhan berakhir, esok dah masuk hari ke-2 kita berpuasa, insya Allah. Petang tadi sebagi membalas juadah, mat buat lah sausage curry puff, ni kira nak cepat, secepat mungkin punya projek. Mat memang simpan stok puff pastry ni 2-3 paket sebagai persediaan jika diperlukan. Tapi kan baru2 ni harga dia mendadak naik, yelah macam mat ni nak beli kena juga berkira murah mahal, kalau mereka yang berduit, beruang, mungkin tak jadi masalah sangat. Setakat ini mat nampak di Tesco paling murah, tak sampai RM 4 satu paket, tapi baru2 ni dah jadi RM 4.90+ atau senang kira RM 5 macam tu..Kalau beli 2-3 paket bertambah juga kan duit, lari juga budget...

P1300264
Puff pastry dikalau kita bakar dengan betul, ianya akan jadi cantik, berlapis dan setiap lapis akan garing dan rangup. Hendak membentuknya tak boleh puff terlalu lembut, tapi kalau terlalu keras ianya akan patah. Jika oven anda memiliki kipas, sila on kan masa membakar puff pastry, mengikut petua makcik Marta Stewart yang femes tu, masa membakar pastri berlapis kita harus on kan kipas, ini akan menambah kerangupan dalam puff pastry tadi, kerana udara panas akan membantu ianya menjadi lebih gebu dan garing...macam tu lah dia pesan kat mat..seriuss...haha, tak lah dia kata kat TV, jadi mat dengar..tu jeeee... Ok jom semak resipi senang nih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 batang sosej ayamas, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pelepah daun kari, dilurut
2 keping hirisan nipis halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging
1 camca besar sos cili
Garam jika perlu (mat tak letak)
Sedikit air
1 paket puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
1 biji telur, untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masuk rempah kari, sos cili dan juga air, kacau rata dan tumis hingga rempah garing. Gunakan api kecil.
  2. Masukkan sosej yang didadu tadi. Kacau rata, tuang sedikit lagi air dan biar kering, jika perlu tambah garam. Sejukkan.
  3. Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 bahagian, 1 bahagian dikelar2, satu lagi letakkan 3/4 camca besar inti, ceduk isi sahaja, minyak diketrpikan. Ratakan dan tutup dengan bahagian berkelar, kemaskan dan tekan tepi2nya dengan garfu.
  4. Alih dalam dulang pembakar, sapu dengan telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 195C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, jika oven anda ada fungsi kipas, on kan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...