BUBUR PULUT HITAM DENGAN LONGAN..

rsz_dsc_1546
Mengantuk sekarang ni, ingat lepas tulis entri ni mat nak tidur lah.. Hari ni Khamis bonda dan abang long berpuasa, jadi masak lewat sikit. Samping tu mat buat juga bubur pulut hitam campur dengan buah longan. Pulut hitam kebiasaannya jika kita nak buat bubur, kena rendam semalaman, ini lebih memudahkan ia kembang masa proses merebus. Dan selalunya pulut direbus hingga "pecah perut" <-- istilah orang Johor) atau kembang. Baru diletak gula secukup rasa dan santan cair. Satu lagi wajib ada pati santan yang dicampur dengan sedikit garam, kemudiannya disudukan atas bubur pulut hitam tadi sebelum dimakan. Mat rasalah kan, bubur pulut hitam yang ada campur longan ni, lebih pada pengaruh orang peranakan baba nyonya. Sebab mereka kan suka buat pembaharuan sesuatu masakan sehingga ia menjadi identiti mereka pulak. Jom lihat resipi pulak..Entri pilhan DTS kali ini ---> di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam semalaman
1 tin longan
1 helai daun pandan
Air secukupnya
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1 cawan air*(*dimasak hingga larut dan tapis)
Gula secukup rasa
700 ml santan cair
300 ml pati santan*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus beras pulut hitam hingga pecah perut (kembang). Masukkan daun pandan, air gula melaka, tuang longan bersama airnya sekali dan juga santan cair. Kacau rata dan biar mendidih, guna api sederhana.
  2. Rasa dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Bubur akan pekat bila sejuk dan boleh tambah sedikit air jika perlu.
  3. Ceduk bubur tadi dalam mangkuk sesuai, sudukan pati santan tadi atasnya dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Boleh dihidangkan sejuk atau suam..