Tampilkan postingan dengan label Pencuci Mulut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Pencuci Mulut. Tampilkan semua postingan

SORBET STRAWBERRY BERKRIM...

rsz_dsc_4106
Salam semua, cuaca kat Johor ni panasnyaa...hmmm, semalam perasan tak kat kek yang mat buat ala2 teh tinggi tu..ada strawberry kan. Yang tu buat perhiasan saja, sebab rasa dia kan masam, serius, budak2 takmo, harga dah lah boleh tahan. Mat terus plan nak buat sorbet, sorbet ni ala2 aiskrim dari pure buah2an. Tapi kali ni mat campur baki whipping cream dalam 50 ml. Sesuai makan masa cuaca panas ni, tapi tulah, cepat cair sebab cuaca panas kat tepi tingkap, kena pulak kipas angin, huhu. Apa2 pun memang nyaman masuk dalam tekak. Buat dia mudah saja. Mat cuma guna stoberi, lepas tu air gula dan whipping cream. Buah stoberi segar untuk hiasan. Ok, jomm kita semak resipi senang ni....

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram strawberry buang pangkalnya cuci dan lecek halus
4 - 5 camca besar gula*
1/2 cawan air*(*dimasak hingga gula hancur dan sedikit pekat, sejukkan)
50 ml whipping cream
Buah strawberry segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Strawberry lecek tadi dicampur ke dalam air gula pekat. Kacau rata dan masukkan dalam bekas, tutup bekas dan bekukan dalam freezer selama 5 - 6 jam. Mat guna tempat buat air batu yang petak2 tu..
  2. Keluarkan dari freezer dan keluarkan adunan tadi dari bekas. Masukkan ke dalam alat pengisar bersama2 whipping cream tadi. Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang kembali dalam bekas (atau tupperware), tutup dan bekukan sekali lagi untuk 5 - 6 jam. Bila ok, boleh cedok dan hidangkan, hias dengan stroberi jika suka....

PULUT SERAWA DURIAN..

rsz_dsc_3010
Salam malam semua, entri terakhir mat hari ni...hmm penat sikit lah, kaki pun alhamdulillah makin bertambah elok, tak sakit, cuma sengal sikit2 siaa.. Oh yea sebelum terlupa, mat nak ucap Tahniah pada geng FB Puan Amy Isaiah, dia ni Nyonya Pranakan Melaka, suami dia Melayu, tu hari Amy baru dapat baby...erkk aiseymen lupa nak tanya baby apa..huhu, takpa lah janji semua selamat walaupun ada sedikit komplikasi...Syukur Alhamdulillah. Berbalik pada entri malam ni, mat buat atas permintaan ayahanda, 2 hari lepas ada sedara mat kasi 3 biji durian, awal dia kata nak buat kuah serawa, takde pulut pun takpa, boleh cicah roti, tup2 pagi tadi dah ada pulut dalam 1 kg, dan itu bermakna, kena buat pulut serawa durian..hmm takpelah bukan susah, bahan2 dah ada cukup, tinggal masak. Kukus pulut pun senang sebab mat gune pengukus letrik, cepat, bersih dan kemas. Entri pilihan DTS malam ni ---> di sini...

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...

PUDDING SAGO GULA MELAKA WIF RED RUBIES.

rsz_dsc_2319
Salam petang semua, dah minum petang?... Mat lewat masak sikit tadi. Memang plan nak buat pencuci mulut ni 2-3 hari lepas, tapi tu lah, kalau tak dipaksa, sah tak buat lagi, memandangkan bonda berpuasa hari ni, jadi boleh juga dihidangkan nanti sebagai pencuci mulut. Buatnya mudah, nampak macam rumit. Red rubies tu mat guna water chesnut atau sengkuang cina. Kalau nak guna sengkuang biasa pun boleh, tapi pilih yang segar dan bersaiz sederhana. Untuk mendapat warna merah kita rendam dalam pewarna makanan merah kurang lebih 20 minit, kemudian salut dengan tepung ubi, dan rebus dalam air mendidih, bila sengkuang timbul, cedok dan rendam dalam aia ais. Kebiasaanya ia dimakan bersama santan dan air gula melaka. Ia sedap dihidangkan sejuk. Ok kita semak resipi yea...jommm..

BAHAN-BAHAN PUDDING SAGO :-)
300 gram sago rumbia, cuci dan toskan
3 liter air
1/2 camca teh garam
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh pewarna hijau makanan

BAHAN SIRAP GULA MELAKA :-)
1 ketul gula melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan air

BAHAN-BAHAN RED RUBIES :-)
200 gram sengkuang cina yang telah dibersihkan, dadu kecil cuci dan toskan
1 camca teh pewarna merah makanan
2 camca besar air
4 camca besar tepung ubi
1 mangkuk besar air berais

BAHAN SANTAN :-)
1 1/2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh tepung jagung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PUDDING SAGO :- Satukan air bersama daun pandan, pewarna hijau dan garam ke dalam periuk, jerang hingga mendidih, masukkan sago rumbia, sederhanakan api dan masak sambil dikacau hingga sago menjadi jernih. Keluarkan daun pandan. Tuang sago tadi dalam tapis dan cuci bawah air paip untuk membuang kanjinya. Masukkan dalam acuan yang sesuai, dan simpan dalam peti sejuk.
  2. UNTUK SIRAP GULA MELAKA :- Satukan semua dalam periuk, kacau dan masak hingga mendidih dan gula hancur. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Tapis dan sejukkan.
  3. UNTUK RED RUBIES :- Jerang air hingga mendidih (anggaran 3 liter). Toskan sengkuang yang berendam pewarna merah tadi. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik bersih. Masukkan juga tepung ubi, goncang plastik tadi sehingga semua sengkuang bewarna besalut tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak untuk membuang lebihan tepung. Masukkan ke dalam air mendidih, kacau perlahan dan bila ia timbul, cedok dan alih dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar terendam hingga masa diperlukan.
  4. UNTUK SANTAN :- Satukan semua bahan, kacau rata dan jerang dengan api kecil, sambil dikacau selalu hingga santan suam dan pekat. Sejukkan.
  5. UNTUK PUDDING SAGO GULA MELAKA WIF RED RUBIES :- Keluarkan pudding sago dari acuan, letak dalam bekas sesuai. Sudukan santan, diikuti sirap gula melaka atas pudding tadi. Letak pula red rubies sekeliling dan sedikit pada bahagian atasnya. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut...

BUBUR PULUT HITAM DENGAN LONGAN..

rsz_dsc_1546
Mengantuk sekarang ni, ingat lepas tulis entri ni mat nak tidur lah.. Hari ni Khamis bonda dan abang long berpuasa, jadi masak lewat sikit. Samping tu mat buat juga bubur pulut hitam campur dengan buah longan. Pulut hitam kebiasaannya jika kita nak buat bubur, kena rendam semalaman, ini lebih memudahkan ia kembang masa proses merebus. Dan selalunya pulut direbus hingga "pecah perut" <-- istilah orang Johor) atau kembang. Baru diletak gula secukup rasa dan santan cair. Satu lagi wajib ada pati santan yang dicampur dengan sedikit garam, kemudiannya disudukan atas bubur pulut hitam tadi sebelum dimakan. Mat rasalah kan, bubur pulut hitam yang ada campur longan ni, lebih pada pengaruh orang peranakan baba nyonya. Sebab mereka kan suka buat pembaharuan sesuatu masakan sehingga ia menjadi identiti mereka pulak. Jom lihat resipi pulak..Entri pilhan DTS kali ini ---> di sini.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan pulut hitam, cuci dan rendam semalaman
1 tin longan
1 helai daun pandan
Air secukupnya
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1 cawan air*(*dimasak hingga larut dan tapis)
Gula secukup rasa
700 ml santan cair
300 ml pati santan*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus beras pulut hitam hingga pecah perut (kembang). Masukkan daun pandan, air gula melaka, tuang longan bersama airnya sekali dan juga santan cair. Kacau rata dan biar mendidih, guna api sederhana.
  2. Rasa dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Bubur akan pekat bila sejuk dan boleh tambah sedikit air jika perlu.
  3. Ceduk bubur tadi dalam mangkuk sesuai, sudukan pati santan tadi atasnya dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Boleh dihidangkan sejuk atau suam..

TRIFLE ISTIMEWA MAT GEBU LAGI.....EHEM EHEM..

rsz_dsc_1175
Salam semua, dah minum petang?...Mendung dan sekejap2 hujan kat sini. Dingin dan berangin sahaja. Entri kali ni mat letak pulak pencuci mulut. Buat semalam untuk tetamu. Kalau lihat ia biasa2 saja, kang ada pulak yang ngata, si mat tu perasan lahh kononn tu trifle istimewa lah sangat...haha, takpe lah. Aku buat jadi suka hati lah nak letak nama apa pun, esok korang buat letak lah jenama lain pulak, nak letak nama trifle timah meletop ke, semua boleh korang nya pasal situ, aku tak kesah. Trifle ni sedap dimakan sejuk dan nak lagi sedap, buat malam, esok baru makan, serius, tak caya, try buat sendiri. Rasa mat resipi ini boleh makan 10 orang, tu pun sampai licin lah..kalau jenis nak sopan2, dalam 8 orang boleh lahh. Buat dia senang, apa yang utama kena organize baru ada aturan dia dan tak mudah lupa. Ok semak resipi pulak, sama macam resipi terdahulu..Blog pilihan DTS kali ni ---> di sini...Terima kasih..

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin.

CATATAN MAT GEBU :- Untuk lihat gambar langkah demi langkah anda boleh ke sini...terima kasih.

PEACH JELLY.....NYAMAN DI TEKAK....

P1300281
Salam petang semua, panaskan, cer bayangkan jelly tu dok lalu kat terowong tekak kita..aduhh nyaman kan. Pulak2 dihidangkan dingin, dengan hirisan buah peach dan kalau suka boleh curahkan sedikit susu cair hmm, sedap kan. Sebenarnya ini baki peach yang mat guna tu hari, jadi berbaki dalam 200 gram, menyemak je dalam peti sejuk, baik tukarkan pada sesuatu..betul tak?. Ini sebenarnya olahan dari resipi2 lepas yang dah banyak kali mat oter. Terima kasih pada pemberi resipi asal. Mat guna jelly jenama konnyaku. Ok mat ulang balik yea, dulu ada yang tanya CM apa beza serbuk jelly and serbuk agar2. Serbuk jelly ni, kalau membeku, teksture nya akan jadi liut, bergegar dan agak kenyal2. Kalau serbuk agar2, dia keras macam tu saja, dan mudah patah... Itu secara ringkas lah..apa2 pun kena cuba baru tau perbezaannya yea..Psttt...nak idea untuk berbuka, cer klik sini.. (^_*) Ok semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 camca besar gula pasir
200 ml susu segar (mat guna 150 ml susu sejat + 50 ml air)
2 - 3 titik pewarna kuning telur
200 gram isi buah peach dalam tin*
125 ml air*(*dikisar)
Sedikit buah peach didadu untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula, pewarna kuning telur dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih, tuang susu segar dan kacau rata.
  2. Alih periuk dari api. Tuang puree peach tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati , kemudian tuang ke dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam (tak sampai 30 minit dah keras) atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga hiaskan dengan buah peach yang didadu tadi..

PENGAT LABU CHA-CHA....PENGAT南瓜粥恰恰

P1260179
Salam semua, selamat sejahtera, apa khabar...sehat ke, yang demam tu jangan lupa makan ubat, rehat cukup2 yea...kalau yang ketagih berblog tu macam...macamm...macam mat gebu kee..macamm...ehem ehem ke, janga lupa rehat cukup2. Ni tadi mat buat pengat labu, atas permintaan bonda, tapi pengat labu encer jeee, guna santan sikit..encer tu maknanya cair dalam bahasa Indon. Ni labiu baki tu hari, ada 1/2 biji saiz kecik, mat campur dengan bubur cha-cha dan juga biji sagoo. Kali ni guna gula melaka pulak. Resipi ni senang, blog mat sekarang ni semua resipi biasa2 jeee kan, senang dan mudah buat punya, bukan apa orang2 muda yang baru nak ke dapur boleh lah cuba. Bagi yang tak nak guna santan, apa kata cuba ganti dengan susu rendah lemak atau susu sejat....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis, buang biji, kupas dan didadu besar2, cuci dan toskan
1/4 cawan bubur cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan
3/4 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/4 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula cair, dan tapis)
350 ml santan pekat
Air secukupnya
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus labu bersama secukup air (agak2 tenggelam labu) bersama daun pandan dan sago biji hingga labu 3/4 empuk. Masukkan air gula dan kacau rata. Masukkan bubur cha-cha dan tambah santan pekat.
  2. Bila mendidih, masukkan garam, kacau dan rasa jika perlu tambah gula secukup rasa, terpulang tahap kemanisan yang anda sukai, tapi pada mat, manis2 buah sudah memadai. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan sejuk atau panas...