DAH TAK MAMPU KAN...INI JELAH YANG BOLEH..

Tags

rsz_dsc_3702
Salam Jumaat, baru dapat nak up entri, pening...bosan..dan tatau lah, bila fikir sikap manusia sekarang ni makin aneh lah... Pagi ni mat blurr...blank...tak boleh nak fikir, buat sarapan pun dah lewat. Nak habiskan segala maknikan khazanah yang berbaki sikit2 dalam peti sejuk, mat buat lah cekodok, Ini kalau ikutkan semua orang boleh buat, sapa tatau buat cekodok. Tapi ini bergantung pada air tangan juga lah. Entri ni sebenarnya biasa2 saja, nak cerita pun macam takde benda menarik, cuma tu lah, ada kala tidak menarik pada kita tapi tidak pada orang lain, macam tulah, apa2 sekali pun entri kita paling utama ia bukan hak orang lain yang kita "ambik" tanpa kerelaan mereka...

rsz_dsc_3722
Cekodok udang ni sesuai untuk sarapan dan minum petang. Cicah sos kegemaran atau pun sambal tumis...hmm, hidangkan pulak dengan kopi. Tau tak, ini adalah satu hidangan ringkas yang boleh memikat hati mak/pak mertua anda....waaaaaaaa, macam bagus je si mat tuu kan, haha, eh betul, tapi jangan lah hari2 nko hadap kan orang tua tu dengan cekodok, hagak2 lah, kalau hari2 ada kang terpengsann dia orang. Ok lah kali ni intro kontot je. Tapi mat tulis juga lah resipi....seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air atau secukupnya
1 genggam isi udang
1 biji bawang besar, dadu
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 biji telur
1 ulas bawang putih, cincang halus
Garam secukup rasa
1/4 camca teh baking powder
Sos kegemaran sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung, baking powder, udang, bawang besar, bawang putih, daun sup dan cili merah/hijau. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masukkan telur, kacau dan tuang air sedikit demi sedikit sambil diadun hingga mendapat bancuhan yang sempurna. Rehatkan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemputkan adunan tadi dengan hujung jari yang telah dibasahkan sedikit ke dalam minyak panas. Buat 10 - 12 biji cekodok sekali goreng, bergantung pada saiz kuali. Goreng hingga kuning keemasan pada semua bahagian, angkat dan toskan. Hidang bersama sos kegemaran anda..