BOSAN AKU DENGAN BLOGGER TAK BERETIKA!

rsz_dsc_3699
Assalammualaikum, salam malam Jumaat semua. Walaupun ini entri masak2, tapi tajuk dia tak de kena mengena dengan resipi kan. Hmm, kadang2 kami blogger masakan ni rasa kecewa juga. Dah lah pihak media cetak ada tu kurang etika, main sapu je hasil kerja kami. Di kalangan blogger2 pun ada juga, ntah lah nak kata apa. Mungkin ke mereka tak tau, atau buat2 tak tau. Blog masak2 antara beberapa aliran blog yang menjadi penyeri alam dunia blogging, walaupun kami tak sehebat blogger personal, tak sefemes blog2 artis, tapi dari segi manfaat rasanya kami antara yang paling berguna, terutama untuk suri rumahtangga. Walau pun hanya resipi tapi itu hasil penat jerih kami dan sesiapa pun perlu hormatinya, entri2 diblog kami juga bermaruah dan tidak seharusnya diambik secara kasar tanpa izin, diperkosa sehendak hati dan dibuang ibarat sampah. Kecewa juga, mat sendiri lama dah berblog masak, dan kami pun telah lalui pelbagai ragam karenah manusia, yang mencari keuntungan degan cara mudah...mengaku resipi kita, hak dia dan macam2 lagi lah.. Terbaru kes satu blog ni mengambil resipi, gambar dari beberapa blog masakan termasuk DTS. Yang lebih hina lagi, bila gambar masakan Puan Azlita, diambil, dicrop dan diletakkan watermark sendiri oleh tuan punya blog....mat rasa orang tu bukan lah jenis tak sekolah, tapi tu lah sayangnya sikap dan perbuatan beliau agak kurang matang....dalam hal macam ni, aku puji lagi blogger Pakcik Biola bila dia komen kat salah satu entri mat pasal bawang Holland tu kena beli kat Belanda ke?.. At least dia bertanya, tak de lah macam berlagak tau, tapi tatau. Hmm, jadi mat nasihatkan lah pada blogger tersebut, ambil lah tindakkan yang bijak, sebelum ia memakan diri....tu saja, kami bukan sombong, atau memperkecilkan blogger lain, cuma cara anda itu tidak betul. Kalau kita nak guna hak orang, mintak izin dahulu atau pun sekurang2nya tulis sumber dari mana anda dapat, letakkan sekali link, atau dalam istilah blogger "Backlink"...mudah sangat, dan dalam masa yang sama kita boleh kenal antara satu sama lain dalam keadaan yang lebih mesra...tu saja mat nak tulis, bukan nak sibuk2..tapi sebab gambar dan resipi aku pun nko kidnap, maka terpaksa lah mat gebu membebel's...penat woo tuliss...berpinau biji mata..


Ok lah berbalik pasal entri masak2 malam ni, mat masak yang simple dan ulang tayang pulak tu. Ini semua atas permintaan bonda, tapi asam pedas tu mat yang nak. Bonda berpuasa hari ni. Jadi dia pesan, masak yang mudah2, takmo yang canggih dan derhaka punya resipi..hahaha, Yoo lahh..esey pun masak yang sonang. Tapi ada satu masakan ni bonda sendiri bikin woo, sebab dia nya air tangan kalau masak, jadi laen..mat gebu masak jadi laen...kalau Ben Ashaari masak...perghh lagi lainnn...haha, macammana si ben boleh masuk dalam drama DTS ni pulak, well biasa lah skandal guaa kan. Bonda dia suka masak sambal ikan tamban dengan sengkuang, ini masakan nostalgia, masa zaman2 menoreh getah dulu, tu jam bonda anak dara, arwah nenek dan datuk masih ada, kira bekal mereka bekerja. Lepas tu ada bayam, yang tu cuma masak air saja. Mula2 mat nak nak masak "Bayam Raja Bersiong" sekali tengok bukan bayam merah...takpe lain kali kita masak ok....

Dann yang ni tak payah bagi tau, kira dah naik jemu orang tengok kat DTS ni, asam pedas. Cuma mat tersuka nak masak, sebab ada bunga kantan, daun kesom dan ikan kembong kegemaran ku. Masakan mudah2 ni semua cepat dibuat dan tak makan masa yang lama. Asam pedas tu anda boleh tambah bendi, tomato atau terung (macam mat guna) sebagai bahan sampingannya. Ok kita lihat resipi2 mudah untuk entri kali ini....Jommm..

SAMBAL SENGKUANG IKAN BILIS TAMBAN :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis tamban, rendam, buang sisik, belah 2 buang tulangnya dan ketepikan
1 biji sengkuang saiz sederhana, didadu
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili hijau, hiris
1 inci belacan, larutkan dalam 3 camca besar air
1 kiub ikan bilis, hancurkan
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum. Masukkan belacan tadi bersama kiub ikan bilis (jika guna). Kacau rata dan tambah ikan tamban tadi dan masukkan sengkuang. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masak hingga sedikit kering dan sengkuang lembut tapi masih rangup. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.


BENING BAYAM HIJAU....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat sayur bayam hijau, asingkan tangkai dan daun, siang berasingan cuci dan toskan
1/2 genggam ikan bilis, rendam
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (optional)
Secubit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan air secukupnya dalam periuk (tang air ni agak2 lah yea, mungkin 2 - 3 cawan sudah memadai). Biar mendidih. tambah batang bayam dan masak hingga lembut.
  2. Masukkan pula daunnya, kacau rata. Tambah garam secukup rasa, secubit serbuk perasa dan gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Jika nak letak cili hiris pun boleh....

ASAM PEDAS IKAN KEMBONG :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong, siang dan cuci bersih, toskan
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 batang serai, dititik
1 cawan jus asam jawa
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 biji terung bulat, kupas dan belah 6, rendam dalam air bergaram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tuang air, kacau rata dan masukkan bunga kantan dan terung (toskan). Tuang jus asam jawa, kacau dan biar mendidih. Tambah ikan dan juga daun kesom. Kacau perlahan. Perasakan dengan garam secukupnya, tambah serbuk lada hitam dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh dihidangkan atau biar 1 - 2 jam untuk rasa yang lebih enak.Link