Ngantuk...tu je mat boleh kata buat masa ini. Mula ingat malas letak entri, lagi pun entri cikai habis, takpe sebagai penutup malam Jumaat ni. Mat masak pun atas permintaan boss besar, ye;ah dia kan tak boleh makan pedas, jadi masak lah yang style kanak2 punya. Masakan ringkas ni pada mat sedap kita makan dengan nasi hangat. Bahan2 pun agak minima. Mat guna ikan tenggiri, tapi ikan kembong juga sedap dimasak macam ni. Penggunaan taucho kena berhati2, dikhutiri jika terlebih, takut masin nanti. Sedikit jus asam jawa boleh digunakan, tapi mat tak letak. Masakan ini juga sedap dimakan bersama bubur nasi. Kadang2 sesuatu yang ringkas, itu lah yang sedap...kann... Resipi seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping hirisan ikan tenggiri, cuci dan bersihkan
1 1/2 camca besar taucho
1/2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
Sedikit kicap cair jika perlu
Secubit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping hirisan ikan tenggiri, cuci dan bersihkan
1 1/2 camca besar taucho
1/2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
Sedikit kicap cair jika perlu
Secubit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan tenggiri, dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam, kemudian goreng tapi jangan garing, lembap2 sudah memadai, cuma pastikan ikan tadi masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah, cili hijau dan taucho hingga harum. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang air. Bila mendidih masukkan ikan, gaul rata.
- Tambah sedikit gula dan jika kurang masin masukkan sedikit kicap cair. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Terpulang pada anda suka berkuah atau sedikit kering. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..