Morning semua..Assalammualaikum, pagi Jumaat semua, dah sarapan?..Mat plan nak sarapan biskut dengan kopi, tapi ternampak pulak ada pisang ada yang masak. Tingggg!!!!..terus nak makan lempeng pisang or bahasa hotel 5 bintang "banana pancake". Terfikir gak, hari ni nak derhaka resipi pancake ni, jadi korek segala maknikam dalam peti sejuk, dan ada nestum, horlick, susu terpung, dan kelapa..haaa kelapa parut muda dalam freezer mat t mat lembutkan dalam mikrowave. Pisang tu dalam 350 gram...erkk berapa biji eks, sebab mat guna pisang emas, mungkin dalam 7 - 8 biji saiz kecik. Pisang ni dah sedia kala manis jadi tak payah letak gula lagi.
Resipi ini akan menghasilkan 5-6 keping lempeng comey lagi tembam bersaiz 4 inci, sebab guna non-stick pan saiz kecik, kalau nak guna yang biasa pun ok, nak makan boleh kasi potong. Kalau suka boleh juga makan dengan buah2 segar macam kat atas tu, mula2 mat drizzle dengan madu, tapi madu habis...dah leer ropa tak lawa..huhu, macam sememeh jeee. Tapi mat lempeng ni agak lembut masa baru2 dimasak, lepas tu dia jadi ok, rasa lemak2 dan tak manis, just nice. Kira ok lah untuk buat sarapan. Pisang ni kan salah satu sumber tenaga cepat...erkk betul kan, sapa2 yang Doktor tu kalau mat silap sila betulkan yeaa...Terima kasih.. Dan blog pilihan DTS hari ini ---> di sini....
BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram pisang emas
1 camca besar horlick
1 camca besar susu tepung
4 camca besar nestum
1 camca teh penuh baking powder
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
Secubit garam
Buah2 segar untuk hiasan (optional)
Madu (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan pisang, baking powder, horlick, susu dan garam. Lecek pisang tadi hingga halus. Tambah nestum dan tepung gandum. Gaul rata.
- Masukkan air dan kacau hingga sebati. Jangan risau jika adunan nampak cair, nanti bila nestum kembang, ia akan jadi pekat sedikit.
- Lenser sedikit minyak dalam non-stick pan saiz 4 inci (atau pilihan anda), bila panas, sendukkan bancuhan lempeng pisang tadi, ratakan dan masak dengan api kecil. Tutup permukaannya untuk mempercepatkan proses memasak.
- Kemudian berhati2 terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, kalau suka sedikit garingm boleh masa lama sedikit. Angkat dan sejukkan sebentar. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
- Hidangkan bersama buah2an segar dan madu (jika suka). Sedap dimakan begitu sahaja. Sesuai untuk sarapan dan minum petang....