LAXSAMANA MENGAMUK....PENUH SEJARAH.

Tags

rsz_dsc_3272
Salam malam, mungkin ini entri makan2 terakhir malam ni, sebenarnya ada plan lain mat nak buat petang tadi, tapi kan keadaan sungguh rasa tak selesa, mat macam tak boleh nak beri tumpuan, fikiran pun terganggu, jadi sebagai langkah selamat, mat tangguhkan dulu, insya Allah esok. Entri kali ni nak share satu minuman warisan orang2 Johor dulu kala. Mat pernah buat sekali dulu, tiba2 teringin nak buat lagi. Sejenis minuman berasaskan santan dan buah kuini yang diberi nama "Laxsamana Mengamuk", resipi asal dari kenalan mat "Puan Azura" the true blue Johore Lady..perghh pitamm >__<. Kenapa nama minuman ni Laxsamana Mengamuk?. Menurut kesah orang dulu2, satu ketika di Riau (masa tu Riau dalam jajahan Johor), seorang laxsamana telah mengamuk di kebun buah kuini, beliau menebas2 dan menebang pokok kuini kerana terlampau marah. Buah2 kuini bertaburan jatuh ke tanah. Ada sorang ibu telah mengutip buah2 kuini tadi, mengupas dan meracik2 halus, diletaknya santan, air gula dan sedikit garam..maka jadilah satu hidangan minuman atau pencuci mulut. Mengenangkan peristiwa itu, maka minuman tadi diberi nama Laxsamana Mengamuk...begitulah al-kesahnyaa.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji buah kuini masak ranum
1 liter santan dari 1 biji kelapa parut
Secubit garam
Gula secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Air batu kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buah kuini, dicuci bersih, kemudian kupas dan racik isinya kasar. Buat hingga siap dan masukkan dalam bekas sesuai. Ketepikan.
  2. Santan dijerang bersama secubit garam, daun pandan dan gula pasir secukupnya (yang ni agak2 lah yea, tapi tak payah manis sangat, sebab buah tu sendiri dah manis). Kacau rata hingga gula larut, tak payah sampai mendidih. Sejukkan.
  3. Masukkan air batu secukupnya dalam jug, diikuti dengan hirisan buah kuini dan santan tadi, kacau rata dan biar sekejap hingga sejuk. Boleh hidangkan, baunya cukup harum dan menyegarkan....

CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh ganti dengan susu segar atau susu sejat, kalau susu sejat tambah sedikit air..dan lebihkan daun pandan. Satu lagi cara, anda boleh masak air gula bersama daun pandan, sejuk dan tapis. Tambah dalam minuman tadi sehingga mendapat tahap kemanisan yang anda suka...