KITA SARAPAN DULU....JOMMMM....

rsz_dsc_3315
Cakk!!..Selamat pagi, hari ini Selasa 10 Januari 2012 Masehi bersamaan 15 Safar 1433 Hijrah. Dah sarapan?.. Sedenak pagi2 dah hujan, tapi renyai2. Sejuk dan dingin. Hari ni sarapan yang simple2 saja. Selain ada biskut kering, ada juga roti, hmmm terasa nak makan roti telur pulak, tapi yang ni mat campur cheeddar cheese, pengsan lah lelemak bertambah. Mat buat dalam 4 keping macam tu. Ini resipi biasa saja, tapi anak2 suka, anak tua pun suka gak. Mat guna minyak zaitun untuk menggoreng, tapi bukan banyak sangat, setakat 1 camca besar macam tu. Minyak zaitun ni bagus sebab ia ada unsaturated fat...jenis lemak tak tepu, jadi bila masuk dalam body, dia kena heat dalam badan, ia mudah cair. dan minyak zaitun juga baik untuk jantung, walaupun harga dia sikit mahal (bergantung pada jenis). Resipi ni sesuai untuk anak2 bersarapan sebelum pi sekolah...resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
2 biji telur*
1 biji bawang holland, dadu kecil*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
2 - 3 camca besar parutan keju cheddar*
1 ulas bawang putih, cincang halus*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan garfu)
Sos kegemaran
Minyak zaitun untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak zaitun. Ambil sekeping roti, ratakan bancuhan telur pada kedua2 bahagian dan letak dalam pan tadi. Masak hingga keperangan, terbalikkan dan buat sama pada permukaan satu lagi. Kalau pan saiz besar boleh goreng 2 keping.
  2. Buat kaedah sama untuk baki bahan2. Sajikan sebagai hidangan untuk sarapan bersama sos kegemaran atau dimakan begitu sahaja. Sesuai juga untuk minum petang. Selamat mencuba!!..