Salam pagi Sabtu semua, apa khabar..Minta maaf sebab semalam mat tak sempat nak update blog, bukan takde bahan, bukan tak masak, tapi masa agak ketat. Faham2 sajalah si mat gebu tu, macam lah terlalu sibuk sangat, tapi sebenarnya memang sibuk. Dan kebetulan lepas Jumaat, Sis Linn datang bersama 2 orang anak beliau, terima kasih linn, macam tak cukup time je kan kita borak, macam isu, termasuk isu "anu"..i likee your new "anu"...sexy...pengsan >__<, haa tu mulalah geleng2 pala bila mat gebu sebut "anu", jangan terkejut, bila kami, mat gebu, ady budika, sis linn dan azman ahmad @ kasawari berbicara pasal "anu", ia merujuk pada kamera DSLR dan lens..ada faham adik maniss?. Ok, pagi ni nak share menu biasa orang kampung yang jauh dipendalaman macam mat gebu tu. Ubi rebus cicah sambal tumis memang all time favourite , nak2 lepas hujan..aduhh lagi terasa ke nostalgiaannya, hidang pulak dengan ayor kopi panas, letak pulak dalam set PML lama macam mat guna tu...nangess okeh!.. Mat tulis serba ringkas sahaja sebab menu macam ni tak payah resipi..
BAHAN-BAHANNYA :-)
Ubi kayu secukupnya
Sambal tumis sebagai pencicah, resipi di sini...
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ubi kayu dicuci, buang kulitnya dan kemudian kerat pendek2, jika saiz agak besar, belah dua setiap keratan, cuci sekali lagi dan toskan. Masukkan ke dalam periuk, isi air hingga ubi tenggelam. Letak garam (yang ni agak2 eks) dan rebus hingg ubi empuk. Jika ubi yang bagus, ia akan empuk dan berkanji.
- Bila empuk, toskan hingga kering. Jerang sekejap atas api bagi mengeringkan ubi, matikan api dan boleh hidangkan dengan sambal tumis. Kalau nak makan dengan kelapa parut + gula melaka pun boleh.