10 TIPS DARI DAPUR MAT GEBU...EDISI KE- 3

Tags

Assalammualaikum, salam semua..maaf lah takde entri masak2, keadaan tak mengizinkan, mat kurang sehat, masih sakit kaki ni. Jadi hari ni saja lah mat letak 10 lagi tips untuk anda didapur, ada tu mat pinjam dari teman2. Dah minta izin dari mereka dah...Anda pun kalau ada petua2, boleh lah tinggalkand diruang komen nanti. Benda elok kita kongsi bersama kan lebih bermanfaat, betul tak?. Rasanya sebelum ni mat dah letak juga tips di dapur di sini dan di sini... Ok kita lihat pulak apa tip kali ini...Jommm...

1- Macamana nak kasi kuning telur duduk tengah2 telur bila direbus?...hmmm..
  • Kata Chef Norzalina Nordin, jika anda hendak mendapat telur rebus yang kuningnya berada ditengah2. Telur harus disimpan dalam keadaan baring dan semasa merebus, kena selalu balik2kannya. Insya Allah kuning telur akan berada di tengah2.

2- Ya Allah! Punyalah tumpul gunting, tali rafia pun tak putus, nak je aku pijak2kan!!..

  • Errkk, jangann pijak, bahayaa..mengikut petua Kak Jee. Kalau gunting tumpul, anda cari daun tebu atau daun lalang, kemudian kerat2 daun tadi sehingga gunting anda menjadi tajam kembali.

3- Cendawan segar selalunya boleh simpan berapa lama?

  • Hmmm, selalunya yang mat perhatikan, cendawan segar boleh disimpan 3 - 4 hari, tapi dengan syarat bungkus dalam surat khabar. Kalau bungkus dengan plastik, ia akan berkuap dan berlendir. Bergantung pada jenis cendawan juga yea.

4- Kalau tadi cendawan, kalau tauhu pulak macam mana?.

  • Kalau tauhu pulak, yang utama masa anda beli, sila ciom dulu yea, kalau bau masam, elakkan membeli. Dan kalau beli tauhu yang fresh anda boleh simpan dalam peti sejuk dengan merendam dalam air bergaram dan boleh bertahan 3 - 4 hari dengan syarat airnya ditukar setiap hari, atau anda boleh rebus tauhu tadi dalam air bergaram. Seelok2nya gunakan secepat mungkin..

5- Banyaknya daging segar....kalau simpan lama ok ke?.. Masih rasa segar ke?

  • Yang ni mesti anda semua tau kan. Kalau daging segar, contoh macam daging korban, kalau nak simpan elakkan terkena "air", bungkus dalam plastik bersih dan bekukan terus dalam freezer.

6- Ikan kembong ni tak habis2, nak buat apa lah agaknya kan...hmm, ada idea?..

  • Erkk..apa kata siang, cuci bersih, toskan hingga kering dan lumur dengan garam (biar lebih sedikit dan kalau dapat garam kasar), lepas tu masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk, biar lah 5-6 hari. Dan akhirnya jadi lah ikan masin jeruk, nak makan cuci sikit dan goreng...Awas yang ada darah tinggi dan tekanan darah tak stabil..Dangeress ok..

7- Apa nak buat dengan cili padi yang banyak ni?..

  • Kalau mat kan, cili padi tu cuci dan toskan. Lepas tu jemur sampai kering atau anda simpan dalam peti sejuk sampai kering. Kemudian sangai dalam kuali atau goreng tanpa minyak sehingga harum. Sejukkan dan kisar, kalau kisar kasar seakan2 chili flakes atau kisar halus jadilah cili serbuk. Ni kira berapi punya..jaga2 ok.

8- Banyak juga kan biji lada kering nih..buang jelah bukan boleh makan punn...

  • Dari buang, apa kata anda cempak kan kat tanah atau pasu, sapa tau nanti tumbuh dan membesar menjadi pokok cili yang memberi manfaat pada kita, alah bukan apa, saja suka2, Apa kata cuba lepas nih ^__*

9- Tu hari ada orang tanya mat, CM, macammana u bentukkan lobak merah tu bentuk bunga?.

  • Senang jee, sebenarnya mat guna penerap biskut untuk membentuknya. Tapi kalau dapat guna yang jenis penerap stainless steel dan sedikit tinggi, ada jual dikedai2 baking. Anda potong lobak dan terap untuk mendapat bentuk2 pilihan. Baki2 dia selalu mat simpan dan kisar untuk jadikan carrot susu.

10-Masa tengah putar mentega dengan telur, tiba2 bancuhan jadi bergentel2, tak berkrim, nak buat macam mana?

  • Yang ni bagi mereka2 yang kerap baking, mesti tau macam mana nak buat. Apa yang selalu mat buat dan mengikut mereka2 yang pakar, kita masukkan sedikit tepung anggaran 1/2 camca besar ke dalam bancuhan tadi, gunakan tepung dalam resipi. Bukan guna tepung lain...

Sekian dulu, tips untuk kali ini, harap dapatlah membantu tak sikit banyak. Mat tak pasti lah bila boleh masukkan entri masak2. Buat masa sekarang ni mat memang tak boleh sangat nak ganas2 dan brutal..kena sopan jee...huhu, stresss wooo..takpe sabar, ujian kan...Terima kasih semua dan dalam sayang dari DTS-MAT GEBU..