BENDI UDANG KERING DENGAN TELUR

rsz_dsc_6439
Ada orang suka bendi...ada orang tak suka..kalau tanya mat gebu, suka ke tak?..Hmm, mat senang, semua ok saja, kalau sayur2an lah, tak de yang aku tolak kecuali jering @ jengkol, kerdas..tau kerdas tu apa?..dia bau macam jering, tapi bentuk kecik sikit. Buah dia seakan bentuk sweet pea tapi besar dan kita makan isi dia. Kalau yang kalah, boleh mabuk, jadi, senang cerita yang tak biasa makan, takpayah leer, selain risiko mabuk, bau dia, masya Allah, Kak Limah pun pengggggsann >__<, busuk gilerrrrr. Erkk, pesal cerita jering dengan kerdas pulak, lari tajuk sudah. Ok, bendi udang kering dengan telur ni, satu masakan simple dan sedap dimakan panas. Masakan mudah dan cepat ini boleh disediakan sekejap sahaja. Tapi yang tak makan bendi, minta maaf yea. Resipi seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 batang bendi muda
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap manis
Garam secukup rasa (jika perlu)
1/3 cawan air
Hirisan cili merah, untuk hiasan

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bendi dicuci toskan dan hiris sederhana tebal. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan cili kisar, tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan kicap manis dan air, kacau rata. Bila pekat, tambah bendi, gaul rata dan biar bendi lembut. Kecilkan api. Telur tadi dituang disekeliling kuali. Biar sekejap dan bila kelihatan kental, gaul rata2.
  3. Jika perlu tambah sedikit garam, tapi kebiasaannya garam tidak diperlukan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan cili merah sebelum dihidangkan..