KEK PISANG POPPYSEED...

Tags

rsz_kek_pisang_kas-kas
Salam malam semua, buat apa tuu, mesti tengok cerita seram kan?..erkk. Malam ni sebelum tidur, mat letak satu lagi entri kek yang tersiar di Jelita Februari 2012. Kek pisang sering menjadi pilihan. Ada pelbagai versi kek pisang, selain lembut, kek pisang yang diletak sedikit biji kas kas atau poppyseed ini rasa dia lemak dan sedikit kekacang. Tapi bagi mereka yang dok di Singapore, berhati2 yea, yang mat tau poppyseeds adalah HARAM di negara anda, jadi kalau nak buat boleh lah ganti dengan benda lain, macam badam cincang ke tak pun coklat rice. Kek ini mat bakar dalam acuan 7 x 3 x 3 inci, hasil dia pun comel, sesuai untuk jamuan2 kecil atau untuk minum petang bersama keluarga. Ok lah kita semak resipi, tapi sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini.. Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
45 gram mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur gred A (berat 60 gram sebiji)
50 gram soft brown sugar @ gula perang
65 gram tepung beserbuk penaik (self-raising flour)
1/2 camca teh ovallate
70 gram pisang, dilecek
3/4 camca besar kas-kas (poppy seeds)
2-3 titik esen pisang atau esen vanilla
1/4 cawan isi pisang yang didadu (optional)
Sedikit lagi kas-kas untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bersaiz 7inci x 3inci x 3inci. Lenser dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang dengan ovallate, hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingg adunan pekat dan gebu macam adunan baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang dan tepung sedikit demi sedikit, hingga habis, putar rata. Tuang mentega cair dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan esen pisang @ esen vanilla dan biji kaskas tadi. Gaul rata.Tuang dalam tin tadi dan tabur dengan pisang. Tabur juga biji kas-kas sebagai hiasan. Bakar 30 - 35 minit atau hingga masak. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan. Potong dan boleh hidangkan.