Salam Isnin semua, diam tak diam hampir seminggu dah bulan Februari menghabiskan usianya. Hari ni mat masak yang mudah2. Antaranya menu yang mat akan tulis resipi dia sekejap lagi. Selain tu ada juga masak tumis air pucuk manis campur keledek dan putih jagung. Yang tu mudah sangat dan dah biasa di DTS, jadi mat tak payah lah letak. Sambal telur ikan bilis ni senang sangat, yang ni mat buat versi mudah, ia seakan2 sambal telur pecah. Cuma yang ni telur tu mat goreng mata kerbau dulu, lepas tu curah sambal tumis togel, kemudian tabur ikan bilis goreng dan sedikit hirisan daun bawang. Sekarang ni apa2 pun kena jimat cermat, sayur pun mahal dah sekarang ni, jadi kena beli dan guna hingga habis, tak boleh tinggalkan saki baki, tu pasal mat alas sambal tu dengan salad "butterhead", baki buat roti john tempoh hari, boleh juga dimakan sebagai ulam. Ok semak resipi sekarang..
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur, digoreng mata kerbau
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
1 pokok daun bawang, hiris halus
Daun salad secukupnya untuk hiasan
BAHAN SAMBAL TUMIS :-)
2 senduk nasi cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah jus asam jawa dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
- UNTUK SAMBAL TELUR IKAN BILIS :- Susun daun salad dalam bekas sesuai, kemudian susun pula telur mata kerbau tadi. Ratakan sambal dan tabur dengan ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.