TERUBUK BAKAR...SEKSA TAPI SEDAP!!

Tags

rsz_dsc_6412
Salam petang semua, harap anda2 semua sehat. Hari ni mat lewat sikit baru dapat siapkan kerja2 didapur. Pernah makan ikan terubuk bakar atau panggang?.. Tau tak sebenarnya ini pess time mat buat ikan terubuk bakar, sebelum ni ada gak tapi goreng. Ikan terubuk kalau kita goreng atau bakar sisik dia tak payah buang. Kalau digoreng, sisik dia rasa seakan2 kacang bila kita makan, tapi dengan syarat kena makan masa panas dan sisik masih rangup. Selain dibakar atau goreng, ikan terubuk juga sedap dimasak asam pedas. Di Sarawak terkenal dengan terbuk asin, tapi apa yang mat tau, terubuk Sarawak berbeza dari sini punya dan ikannya lebih sedap katanya...wallahualam, orang Sarawak sila komen sikit, Ryo, Sunah, Hasue atau Dayang Jack. Mat guna ikan bersaiz sederhana. Mat bakar dalam non-stick pan saja, dengan api perlahan. Kurang lebih 10 - 15 minit untuk setiap bahagian ikan. Bergantung pada saiz ikan..

rsz_dsc_6430
Dannn yang menambah kesedapannya dah pasti sambal air asam istimewa dari Puan Azlita. Teruja mat tengok sambal air asam diblog beliau di sini. Memang betul bagai dikata, bau dia harum dan memang kena dengan ikan bakar. Sebabnya, kadangkala ikan bakar walaupun kita dan cuci, perap dan sebagainya, rasa ke ikan an tu masih ada, jadi bila makan dengan sambal air asam ini, secara tak sengaja dapat menyimbangkan rasa...sedappp okeh, seriuss nih, kalau aku kata sedap..sedapp lahhh!!...Terima kasih pada Puan Azlita dengan Sambal air asam harum rampai beliau. Ok kita semak resipi pulak...Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan terubuk, saiz sederhana
3/4 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
Garam secukup rasa

BAHAN AIR ASAM HARUM RAMPAI :-)
3 biji cili merah*
6 biji cili padi (mat letak 10 biji)*
Sedikit belacan dibakar (mat guna 1/2 inci)*(*ditumbuk atau dikisar halus)
1 biji bawang besar hiris halus
2 biji tomato saiz sederhana, didadu
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
4 tangkai daun kesom, dihiris halus
250 gram asam jawa + 6 camca besar air, ramas dan tapis jusnya
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar "budu" (yang ni mat tambah sendiri)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK IKAN TERUBUK BAKAR :- Ikan disiang, buang sedikit ekornya, gunting sirip dan insangnya. Cuci bersih terutama bahagian perut ikan. Cuci hingga perut ikan bersih dari kesan2 hitam. Berhati dengan tulangnya. Kemudian perap dengan sedikit garam dan limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali hingga bersih dan ketepikan.
  2. Lumur ikan tadi dengan bahan tumbuk lumat, terutama bahagian dalam perutnya, dan perasankan dengan sedikit garam. Biar sekejap ikan tadi. Panaskan non-stick pan, letakkan ikan tadi dan kecilkan api. Tutup pan dan biar 10 - 15 minit, kemudian terbalikkan dan sambung membakar lagi untuk 10 - 15 minit. Bakar ikan hingga masak, bila isinya bertukar keputihan. Hidangkan bersama ulam2 dan sambal air asam harum rampai.
  3. UNTUK AIR ASAM HARUM RAMPAI :- Satukan semua bahan kecuali garam, gula dan jus limau kasturi, dalam satu bekas, jika pekat boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan juga gula. Jika menggunakan "budu", garam harus dikurangkan sedikit kerana budu tadi sudah sediakala masin. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama ikan terubuk bakar....melelehhh okehh!!.