Tampilkan postingan dengan label Hati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Hati. Tampilkan semua postingan

HATI BERSANTAN

Sedap, ala2 rendang, resipi asal dari "Norzailina Nordin".....tapi nama resipi terlupa lah, jadi letak je lah nama tu, sesuai jugak, minta maaf yea kak lina!!

Bahan Utama:-)
300 g hati lembut, hiris nipis, cuci dan toskan
250 ml santan
1 biji bawang besar, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
Hirisan daun sup.daun bawang
Sedikit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :-)
10 biji cili padi (mat guna 2 cili merah)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Perap :-)
1 camca besar rempah kari
1 camca besar rempah kurma
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk lada hitam

Cara membuatnya :-)
  1. Gaul hati lembu dengan bahan2 perap dan perap 3 jam (semalaman lagi elok). Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan hati lembut perap tadi dan juga santan, gaul rata, tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga pekat dan hati masak. Tabur dengan hirisan daun sup/bawang sebelum menghidang...

HATI GORENG REMPAH

Rasanya kan setahun lebih mat tak masak hati lembu...Jadi hari ni rasa macam teringin nak makan hati lembu, kat rumah biasanya masak kicap atau dilempap sahaja, kali ni nak cuba goreng berempah..hmm sedap, harum dan hangat....

Bahan Utama :-)
650 g hati lembu
2 batang leek, dibersihkan dan kerat2 1 inci
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 biji cili merah, dihiris serong
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap cair
1 camca besar gula melaka
Sedikit garam jika perlu

Bahan Kisar Halus :-)
40 g halia
4 tangkai cili kering
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam biji

Cara membuatnya :-)
  1. Hiris nipis hati lembu, gaul dengan 1 camca besar tepung gandum. Biar 10 minit, kemudian cuci hingga bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga wangi. Masukkan kicap cair, kicap pekat dan gula melaka. Gaul rata.
  3. Masukkan hati lembut dan gaul hingga mesra. Kecilkan api dan masak hingga hati lembut. Masukkan hirisan leek, bawang besar dan cili hiris. Gaul rata.
  4. Biar masak 5 - 7 minit lagi atau hingga pekat. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah garam. Angkat dan hidangkan bersama nasi hangat....