Jom makan kek epal....Sedap kek ni, tak manis sangat dan rasa masam2 manis epal hijau tu cukup mesra bila digandingkan dengan kek yang penuh dengan aroma mentega dan lemon. Mat rasa kalau sesiapa tak gemar epal hijau boleh saja guna epal merah, tak jadi masalah.....
Resipi asal dari satu buku masakan "Australia" berjudul "Cakes & Slices"..memang seronok buku tu, tengok mereka memperagakan pelbagai jenis kek dan slices (ala2 bepang tuu...)..Sekali2 buat ok lahh kan... Jom tengok resipinya .....
BAHAN-BAHANNYA :-)
185 g mentega
1 camca teh parutan kulit lemon
2/3 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan susu segar (mat guna susu cair)
2 biji epal hijau
BAHAN GLIS (OPTIONAL) :-)
1 camca teh halal gelatin (jenama "nona" @ "nur")
2 camca besar air
2 camca besar jem apricot






CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan tepung naik sendiri dan tepung gandum, ayak rata. Kupas epal, belah 3 setiap biji, buang bahagian tengahnya dan kelar2 setiap bahagian epal tadi (seperti dalam gambar). Rendam dalam air yang diperah sedikit jus lemon. Ketepikan.
- Putar mentega, gula halus dan parutan kulit lemon hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar hingga rata.
- Tuang dalam tin bulat berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ratakan. Toskan epal tadi dan susun atas adunan kek seperti dalam gambar.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 1 jam atau hingga masak. Sementara itu, satukan gelatin dengan air, kacau rata dan masak secara double boiler hingga gelatin cair, tambah jem apricot dan kacau rata. Bairkan suam.
- Bila kek sejuk sedikit, keluarkan dari tin dan sapukan bancuhan jem tadi atas kek. Tujuannya menjadikan permukaan kek berkilat dan lembap....