MAGGI ALA MAMAK..

Maggi Ala Mamak
Selamat pagi, assalammualaikum pada semua..Hari ni hari apaaa?...Pandai, hari Khamis kan..Malam ni malam apa?....Wahhh lagi pandai mak pak dia pulak menjawab...Malam Jumaat, ambooihh, kan mainnn...hehehe. Ok, saja lah nak share walaupun cuma mee segera yang telah diderhakakan asal kejadiaannya. Trade mark mat gebu, kerap kali menderhaka pada resipi asal, walapun resipi mat gebu itu sendiri..teruk kan. Sebenarnya kan mee maggi tu ada sebungkus je lagi, semak leer, tak suka, mencacat kan pantry, jadi mat pun memodifey kan lah mengikut apa2 yang ada..ha, jadi lah macam rupa diatas tuu...Boleh lah kalau nak masak sekali2 kan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mee maggi perencah kari, asingkan
2 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tomato
1 biji telur
Sedikit kicap cair (jika perlu)
2 pelepah sawi, dicuci dan siang
1 kelopak kecil kobis bulat, potong kecil
1/2 batang kek ikan, potong kecil
1/2 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1/2 cawan daging ayam
5 ekor udang, dibersihkan
Sedikit air
Hirisan timun, sebagai hiasan
Hirisan cili merah, sebagai hiasan
Belahan limau kasturi, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mee maggi dicelur dalam air mendidih hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dancili kisar hingga garing. Tambah sos tomato dan 1/2 paket perencah kari mee maggi tadi, kacau rata dan tuang sedikit air.
  2. Masukkan fish cake, tauhu, batang sawi, udang dan daging ayam. Masak sekejap. Tolak ketepi kuali dan pecahkan telur, biar telur mengeras dan kacau hancur. Masukkan mee maggi tadi dan gaul rata.
  3. Tambah daun sawi dan kobis, kacau hingga mesra dan biar hingga kobis lembut. Rasa dan jika perlu renjis sedikit kicap cair. Bila semua ok, boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili merah, hirisan timun dan belahan limau kasturi sebelum dihidangkan..