Assalammualaikum..jumpa lagi bersama N3 mat gebu...perasan tak nampak macam skema habis, ala2 mengong kan intro tu..dan beratus N3 blog tapi intro sama je, begitu lah kalau bukan blogger kreatif dalam penulisan, cuma tau masak2, menderhaka resipi dan menggayakan makanan (tu pun tak de lah pro mana..setakat amatur jee). Ok nak share lah kali ni dengan satu N3 pencuci mulut, agar2 seri kaya..ni kira sepupu agak2 lumut jee..tapi tak guna gula merah. Ni saja je letak, kot2 ada yang nak mencuba. Resipi pun biasa jee tak de yang istimewa...mat tulis yea resipi senang ni..
BAHAN-BAHANNYA :-)
12 gram agar-agar serbuk
2 helai daun pandan
800 ml air
3/4 camca teh paste pandan
1/2 cawan + 2 camca besar gula pasir
200 ml pati santan
1/2 biji telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan ambik 1/2 bahagian)
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
12 gram agar-agar serbuk
2 helai daun pandan
800 ml air
3/4 camca teh paste pandan
1/2 cawan + 2 camca besar gula pasir
200 ml pati santan
1/2 biji telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan ambik 1/2 bahagian)
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan agar-agar serbuk, gula pasir, daun pandan, paste pandan besama air tadi. Kacau dan jerang atas api hingga mendidih, gunakan api sederhana.
- Sementara itu, satukan pati santan bersama 1/2 bahagian telur, esen vanilla dan garam, kacau rata2. Tuang dalam adunan agar2 tadi, kacau perlahan dan biar sehingga bancuhan santan kelihatan berbiji2.
- Matikan api, buang daun pandan dan tuang dalam bekas kegemaran dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan dingin.....