TAK GLAMOUR....TAPI MENJADI PILIHAN.

sambal bilis tamban
Assalammualaikum..Hehehe..tak galmour tapi menjadi pilihan..Ha apa tuu makna dia, sah2 lahh ni hari nya masakan... Sebenarnya mat saja masukkan N3 buat memeriahkan majlis, tak lebih dari tu. Alaa, masakan macam dalam N3 ni, sah2 ada yang kata...waa dah musim singgang dan masak asam rebus pulak kee...Kang aku letak yang bersantan, bermentaga, ada pulak kata mat gebu ni makan yang kerabat di-raja jee. Atas tu sambal bilis tamban, nama je sambal tapi sebenarnya ikan bilis tamban digoreng bersama cili hijau, belacan, bawang dan sengkuang. Yang ni lauk wajib masa zaman dulu, masa arwah datuk mat pergi berburu rusa atau harimau. Sampai sekarang menjadi hidangan kegemaran bonda dan abah mat. Pada mat lah, kalau nak lagi sedap sampai boleh penggsann, letak tempoyak sikit, kalau ada petai lagi laaa sedap..pitamm terus!

asam rebus nenas
Yang ni...tau tak masak apa?...Pandainyaaaa....ni lah nama asam rebus, alah femes ni kalau time2 demam, tak sedap badan atau mereka yang tekak mual, loya dan..dan..dan...yang tu sendiri sambung laaahh. Tu hari asam rebus terung, ni hari asam rebus nenas, guna ikan masin yang sama, iaitu ikan masin cekik leher. Nenas pilihan mat gebu semestinya nenas "MADU", ada yang kata, mat gebu ni suka madu..yesss..memang mat mengaku, madu elok untuk kesihatan, tak caya, pi tanya suami masing2..."Abang Bidin suka "madu" tak?"..sah2 mereka memberi senyuman semanis madu juga...hehe..


SAMBAL BILIS TAMBAN...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan ikan bilis tamban
1/2 biji sengkuang saiz sederhana
6 - 7 biji cili hijau, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar, hiris
1 1/2 inci belacan, dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1/3 cawan jus asam jawa
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek, rendam hingga lembut
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bilis tamban, dibuang sisik, belah dua dan buang tulang tengahnya. Rendam. Sengkuang, dikupas, potong dadu sederhana besar, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu, masukkan ikan bilis tamban, belacan dan jus asam jawa. Kacau dan tambah sengkuang (toskan). Masak dengan api sederhana hingga sengkuang lembut sedikit, tambah air jika perlu.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah soo hoon (toskan). Gaul dan masak sekejap hingga kelihatan kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

ASAM REBUS NENAS....


BAHAN-BAHANNYA
1/2 biji nenas madu
4 ekor ikan masin selar kuning @ ikan cekik leher
1 helai daun kunyit
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
2 keping asam gelugor
2 biji cili merah*
4 biji cili padi merah*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dikupas, belah dan buang empulurnya. Hiris sederhana tebal. Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk, tambah air secukupnya. Jerang hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan masin, asam gelugor, nenas dan juga kiub ikan bilis. Masak dengan api. Masukkan daun kunyit, tambah secubit gula. Rasa dan jika perlu baru masukkan garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas.