TERUNG GORENG TEMPOYAK

Terung Goreng Tempoyak
Salam Jumaat. Buat apa tuu, sehat ke. Mat gebu dah ok. cuma ada batuk2 sikit. Hari ni kan nak share resipi cincai jee, maklumlah sekarang ni musim terung telunjul, melambak ada kat rumah ni. Kadang2 naik jemu dah, tapi seboleh2 gunakan lah juga dengan mempelbagaikan resipi. Mat gebu sendiri bukan lah manusia yang cerewet, makan dan guna apa saja yang ada di rumah. Contohnya macam terung tu, mat masak mengikut kesesuaian bahan2 yang ada, nampak petai, masukkan petai, ada tempoyak, masukkan sikit....letak pulak udang sebagai penyeri majlis, kalau nak guna ikan bilis pun sedap..terpulang pada selera masing2.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 biji terung telunjuk, hiris serong dan rendam
1 papan petai, ambik isinya, cuci dan toskan
1 batang serai, dititik
1 camca besar tempoyak
1/4 cawan udang
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
10 biji cili padi siam kaler merah*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus bersama serai titik hingga harum, masukkan tempoyak dan kacau rata.
  2. Tuang air, kacau dan masukkan petai. Masak hingga petai lembut sedikit. Tambah udang dan juga terung tadi (toskan dahulu), kacau dan biar mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera..