Assalammualaikum, selamat pagi, waduhh, pagi dah ada tugas ni, tapi tak pe, blog dulu eks, biasalah mat gebu kan.. Ni hari tak boleh nak celoteh banyak2, tapi aku tetap juga nak celoteh, tak kira...Sebenarnya macam2 isu nak nak tulis, tapi otak aku bersimpang siur, tak boleh nak fokus. Pertama kesah kak nor secubit garam yang resipinya telah dicuri oleh satu syarikat kicap yang pasti anda kenal punya lahh... Laman Web Tamin yang diisi dengan resipi2 tapi bukan produk ori, curi dari beberapa blog masakan kaut sekali dengan gambar2, serta resipi, lepas tu edit sikit...lepas tu letak kat blog dia...apa daaa, pakcik taminn, use your brain lahh, apa pasal suka curi, sudah tua2 pun tapi takde ingat dosa...manyak susah punya olangg!!...
Lepas bebel kesah pakcik tamin, kita berbalik pada resipi pagi ni, cucur telur ni feberet bonda ku, tapi bukan semua orang suka, mat suka juga kalau ada sambal tumis, tu sambal tumis semalan, boleh cicah dengan cucur. Buatnya senang cuma masa menggoreng kena berhati2, minyak panas kan bahayaa... kalau minyak suam, cucur tak kembang, kalau panas sangat pulak luar hiram dalam tak masak. Mat buat dalam 1 1/4 cawan tepung macam tu. Ok kita lihat promosi blog pulak, kali ni blog lelaki sudah mesti lahh, baru adil...
Sebenarnya mat skodeng lama dah blogger ni, sebab dia ni kira suka bidang fotografi, suka tengoj dia tangkap2 gambar. Agak aktif di SB, hmm mat nak cerita banyak pun tak reti, ishh pesal macam nak ketat jee ni..ok lah jom kita selidiki blog beliau di sini... Waa tinggal 2 kali lagi maka tamat lah siri 2 promot blog di DTS....huhu..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan tepung gandum*
3/4 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
3 camca besar gula pasir
1 biji telur + 1/4 esen vanilla, pukul rata
Secubit garam
3/4 cawan air, anggaran
Sos kegemaran atau sambal tumis
CARA MEMBUATNYA :-)
Lepas bebel kesah pakcik tamin, kita berbalik pada resipi pagi ni, cucur telur ni feberet bonda ku, tapi bukan semua orang suka, mat suka juga kalau ada sambal tumis, tu sambal tumis semalan, boleh cicah dengan cucur. Buatnya senang cuma masa menggoreng kena berhati2, minyak panas kan bahayaa... kalau minyak suam, cucur tak kembang, kalau panas sangat pulak luar hiram dalam tak masak. Mat buat dalam 1 1/4 cawan tepung macam tu. Ok kita lihat promosi blog pulak, kali ni blog lelaki sudah mesti lahh, baru adil...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan tepung gandum*
3/4 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
3 camca besar gula pasir
1 biji telur + 1/4 esen vanilla, pukul rata
Secubit garam
3/4 cawan air, anggaran
Sos kegemaran atau sambal tumis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bancuh semua bahan2 di atas kecuali sos kegemaran. Kacau rata dengan whisk hingga sebati. Rehatkan 5 minit.
- Panaskan minyak untuk goreng terendam, sudukan 1 camca besar adunan ke dalam minyak sederhana panas. Buat 6 - 7 biji cucur sahaja, bergantung pada saiz kuali masing2.
- Goreng hingga kuning keemasan, angkat toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Hidangkan dengan sos cili atau sambal tumis...hmmm...