SAMBAL TERUNG PIPIT....PROMO BLOG 2 - 17.

P1250784
N3 malam ni, letak sambal tumis terung pipit, tapi bukan buta2 terung pipit, mat letak udang yeaa...ubat gatal jangan lupa. Sedap ni, terung pipit kan dia macam bermusim tau, masa banyak dia punya ghirah lah keluar tak hengat, kalau masa tak de, jangan kata nak jumpa....langsung tak nampak. Mat letak udang sebagai perencah dia dan sambal tumis ni mat guna serbuk perasa, sebab atas permintaan abah ku, jadi letak lahhh juga. Eh, macam tak bess jee kan N3 kat DTS sejak2 nihhh...takpe, nanti bila aku dah warm up gila2...tgk lahh...hehe.. Ok kali ni promot blog terakhir malam ni, sah2 blog "Gadis" pulak...hehe...

Zala Wajik, nama yang tak asing juga di SB, oleh kerana dia yang 1st tinggalkan link kat wall SB mat, maka DTS promot lah dia untuk kali ni. Mat pun baru nak xplore dan ada sesuatu yang menarik...sebab ada pantun..hehe, i likeee....hmm apa lagi, sambil tu boleh skodeng kat sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit @ terung rimbang
1 1/2 cawan isi udang
1 biji bawang besar, hiris
1 1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/4 camca teh serbuk perasa (optional)
1/2 cawan jus asam jawa

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung pipit dicuci dan rebus hingga lembut, toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan terung pipit tadi, jus asam jawa dan tambah garam secukup rasa dan juga sedikit gula. Kacau dan tambah udang dan hirisan bawang besar. Akhir sekali masukkan serbuk perasa, jika guna. Masak sekejap lagi hingga pekat, rasa dan jika OK, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ikan goreng dan ulam-ulaman....