OPOR SOTONG.....PROMOT BLOG 2 - 19

P1250805
Salam semua, selamat petang...erkk, ke tengah hari eks?..hehe, bz nihh, tapi update tetap ku buat, cuma lauk2 biasa jelah tak de lah semengah macam masakan restoran atau cafe. Tadi saja lah merempit ke blog masak2 Kak Ct Delima ku ituu, di sini.., sekali ternampak kak ct masak opor sotong, waaa, good idea tu, resipi asal dari blog kak yaite mat pun terus keluar kan sotong dalam 500 gram dan mulakan operasi, tapi sebelum tu pastikan obat gatal adaa lahh kan. Bimbang pulak aku guling2 kat lantai lepas makan sotong. Masakan ni ringkas dan sedap, cuma satu lah, mat tak de kerisik..huhu kurang bahan pulak...jadi kalau anda ingin mencuba, pastikan kerisik ada yea.. Ok kali ni mat promot satu bloh seornag wanita pilak...

Blog Kerna Kasih Kita ni...hmmm, kalau anda baca mesti naluri tersentuh, bukan nak puji, gaya penulisannya pun sungguh bermakna...lagi2 kalau anda lihat wajah comel sangat2 anak beliau..hmm cerita banyak2 nanti mat gebu nangessss..waahhh..pengsann... sila lah baca apa coretan dalam blog Kerna Kasih Kita @ KKK, di sini..... Dalam N3 seterusnya promot blog 2 - 20 iaitu terakhir untuk siri ini.. Ok kita semak resipi pulak yeaa..(mat buat 1/2 dari resipi dibawah ini)..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg sotong, kerat bulat, cuci bersih dan celur sekejap, toskan
2 camca besar ketumbar serbuk
2 camca besar jintan manis/jintan kasar serbuk
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 camca besar cili kisar
1 inci lengkuas, dititik
1 batang serai, dititik
1 cawan santan
2 helai daun limau purut
2 camca teh kerisik
Garam dan gula secukup rasa (mat guna gula melaka)
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk ketumbah dan serbuk jintan manis, kacau rata dan masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut dan kerisik, masak sekejap dan bila kuah pekat masukkan sotong gaul tata, perasan kan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh diangkat. Hidangkan panas bersama nasi hangat..