Tercekik...arghhh, memang sakit, memang mengerikan dan rasa seriknya, masa tu juga terus rasa menyesal sebab tak berhati2 masa makan tadi. Anda pernah tercekik tulang atau benda2 lain. Hmmm pengalaman tercekik mat rasa semua orang pernah lalui, baru2 ni kak ummi Kuantan terkena insiden tercekik tulang...kesiann kakak ku itu, nasib baik ok dah, kalau tak hmm mau kena..opss, tak elok sebut yang bukan2..cuma tatau lah kot2 suara dia ok lagi ke tak, mana lah tau, kot jadi macam suara arwah Yusni Jaffar (al-fatihah) masa berlakon dalam satu filem tahun 80-an dulu berganding dengan Hamid Gurkha, sekali terkeluar suara jantan "Baru balik meniaga BANG MIDD"...hahaha, ampon kak ummi, gurau jee..kesah kak ummi tercekik tulang anda boleh baca di sini...
Mat pernah tercekik juga, tapi kan bukan tulang..nak tau apa...aku tercekik biji buah mangga!..hadoi, ini pestime mat cerita, kat mak ayah pun dia orang tatau, ni dulu laa masa umur 20-an something, masa tengah ting tong, aku ni jenis sayang kalau benda2 orang tak kupas habis, jadi ada biji buah mangga ni masih ada isi2 dia, mat ambik aku gigit2 sikit, lepas tu aku kolom biji tu yelah nak sedut jus2 dia, sekali kan tah macam mana, terlaju koo biji tu masuk, nasib baik sempat keluarkan balik, tu pun tarik dengan tangan...hahahaha...pucat lesi muka, berair mata, masa tu tekak rasa macam lebar, sebab teradak dek biji buah mangga...hadoii kalau lah termasuk, tak de lah blog DTS ni semua, yelah silap2 aku dah kiok.. Lepas insiden tu serik 250% dahh nak kulum2 biji mangga, biar buang tak pe...pengajaran tuuu... Ok, nak berterima kasih pada pelengkap no cantik ~5656~ iaitu..."cik eyka" dari blog "JuzOnLymE" di sini...terima kasih dari DTS-Mat Gebu, dengan itu mat akan letak link blog beliau di blogger global"... Jumpa lagi nanti dengan N3 resipi, terakhir malam ni....Salam sayang dari DTS-Mat Gebu..
KESAH TERCEKIK.....dan.....~5656~...APA TU?
Tags
Artikel Terkait
- Salam bertemu kembali. Hmm, sakit mulut lah, ada ulser, baru jadi malam tadi, huhu, kalau
- Salam Tahun Baharu 2012 pada semua....terasa sayu pulak meninggalkan tahun 2011, sebab ke
- Assalammualaikum, salam malam Jumaat semua. Walaupun ini entri masak2, tapi tajuk dia tak
- (Gambar Ehsan Google)Selamat hari lahir pada Sunah Suka Sakura....yang ke 20 sumthing..su
- Assalammualaikum, salam pagi Jumaat. Dsah sarapan?..Pagi ni mat tak de apa2 lah nak share
- Assalammualaikum, selamat pagi Rabu...pagi ni sebelum mat letak N3 masakan, nak tulis sed