Salam petang semua, panas cuaca ni hari, kali ni nak sahre satu masakan yang palinggg..palingg mat gebu suka teramat sangat, hari2 makan ni pun aku ok, cuma ada orang lain je pengsan tergolek kat meja makan, tengok lauk sama sepanjag minggu. Tu belum dengan lauk2 lain lagi yang sepesen. Singgang kali ni mat guna ikan feberet, apa lagi kalau bukan "Japanese Mackerel", masa pi Tesco Jumaat lepas, ada lah ikan ni, aku pun mengaut tak hengat...sekali timbang semua dalam RM 22 +...waaa, tak nampak dah harga tu, nampak ikan jeee...perghh tamak kann..Lepas ni nak buat sardine pulak guna ikan ni...Ok yea sebagai penutup promosi blog, mat letak 2 blog sekali gus, satu jejaka dan satu lagi "gadis"...ehem ehem...
Blog lelaki atau jejaka kali ni. Dia yang pertama tinggal kan link di wall post kat SB tadi, jadi secara auto jadi pilihab DTS-Mat Gebu...blog ni mat suka laa, sebab gambar dia cantik2...boleh geng dengan GB nihh (gadis bunga)...tak caya kata lawaa gambar2 dia..klil sini...mesti pengsann punya beb!!...dann yang terakhirr untuk sesi ini sorang gadis pulak...pangkat anak2 jee ni pada pakcik matt....
Kenal tak..kenal tak...huhh kalau tak kenal, sahhh pendek umur katanya...Ini lah miss lolly gadis blogger ter femes abad ini, mat kerap skodeng blog dia, tulisan dia kalakauu...serius, ada satu N3 tu memang pakcik mat tak bley lupa...n3 apa kah itu?..cuma aku dan miss lolly jee yang tau...pemsannnn!!...hahaha, ok jom lah singgah ke blog miss lolly di sini.... Maka dengan ini berakhir lah sesi promot blog siri -2, jika ada umur, dan kerajinan, kita sambung lagi nanti yeaa...salam sayang semua...moh semak resipi mudah nih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan japanese mackerel, siang, kerat, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
1 genggam daun selasih
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
15 biji cili padi merah thai
1 camca teh lada hitam biji
CARA MEMBUATNYA :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan japanese mackerel, siang, kerat, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 6
2 batang serai, dititik
1 genggam daun selasih
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ikan bilis "Maggi" (optional)
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
15 biji cili padi merah thai
1 camca teh lada hitam biji
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus bersama serai titik, hingga harum. Tuang air secukupnya, dan masukkan asam gelugor. Masukkan kiub ikan bilis dan biar mendidih.
- Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, daun selasih dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi putih dan ulam-ulaman...