Salam semua, wahh mat gebu makin menjauhkan diri dari dunia masak2..haha, boleh caya ke, yelah kalau jiran aku budak bandar tu pi Red Glow..aku orang kampung pi melawat ladang kelapa sawit jeee, jadi lah kan, kita ni nature guy gitu..haha loya kan dari dok guling2 kat dapur, tiba2 si mat pi ladang kelapa sawit..apa kes?...Tadi mat ikut lah bonda dan abang beli barang sikit dan masa perjalanan balik tu singgah dibeberapa lokasi kebun kelapa sawit milik kami. Pokok ni kira baru, sebab kebun yang anda lihat di dulunya asal dusun buah2an tapi kami telah ganti dengan pokok kelapa sawit, sebabnya, dusun kami ni macam hak orang ramai, depa masuk hangkut apa nak, durian, duku, manggis, cempedak..semua main sapu dia...yang aku heran mereka tu tak de kesedaran ke, pasal dosa dan pahala..
Bak (panggilan "ayah" untuk orang2 Johor) mengambil langkah drastik, dia terus oter dusun tu jadi kebun kelapa sawit, maka bertambah lah lokasi pemilikan kebun kelapa sawit kami...tuu diaa, ramai yang geleng2 pala..kata sayang lah, rugi laa, ..erkk pesal yea nak bz body, kebun kita punya, jadi sapa mereka untuk bersuara, betul tak, ke sebab sayang dan rugi depa tak dapat lagi nak menghangkut buah2an tu bila tiba musimnya?..hmmm sendiri fikir lahh dol!!. Disamping tu, kebun tu juga telah disewa satu syarikat telekomunikasi untuk menempatkan pencawang mereka, itu pun jadi kontroversi juga, ada yang tak puas hati, dan kata kami ni "tamak", dasar orang kita...Habis tu dah Allah tentukan itu rezeki kami, jadi koo tak suka ke, suka ke, kenalah terima...ini kenyataan okey...sapa kata orang kampung takde yang "keji"..anda silapp..
BUKAN N3 MASAK-MASAK......TAPI...........
Tags
Artikel Terkait
- Congratulations! You are one of the six awesome nominees in the running
- Oppss...salam, haha tak de entri masak2, malass dah nak masak, penat, jeling dapur pun ra
- (Gambar Ehsan Google)Salam semua..Hari ni 29 hb Julai 2011, blog DTS-MAT GEBU meraikan ul
- Sempena menyambut tahun baru cina, Mat mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada masyaraka
- Perghhh....ni masih kemas2 rumah, tapi curi masa sat update blog sementara berita masih p
- Huhu..ngantuk's, nak tidur awal sikit lah ni malam. Entri resipi esok mat masukkan, malam