SUP KENTANG RINGKAS...MELUR JELITA DATANG....

P1260086_picnik
Assalammualaikum, salam sejahtera...haha, hambik normal gila, macam nak bagi kuliah pagi..erkk jam 3 lebih pagi ke?..kuliah petang ada lah kot. Pagi ni mat sibuk sikit lah. Tadi pi beli barang sikit, jadi pagi bergegas masak secepat mungkin, dah lah aku baru ok, jadi masak pun lauk2 baru baik demam. kalau orang tengok sah2 depa kata..alahhh hai ni macam nya lauk aku pun leh buat..haha betul2, mat tak marah, sebab mat pun memang tau masak ni je, kalau masa tak de idea, kira ala2 lauk hujung bulan., Sup ni kira versatile, budak2 pun boleh makan, nak tambah bebola ayam boleh, nak tambah telur boleh dan macam2 lagi lah, gunakan idea yeaa..ok jom semak resipi mudah teramat sangat nih....ehh, sebelum tu nak war-warkan segmen dari blogger Melur Jelita....

Blog Melur jelita mengadakan satu segmen menarik, anda ingin di review oleh MJ (melur jelita okeyy...bukan malam jumaat!)...Sila klik sini dan baca syarat2 mudah....apa2 pun mat berterima kasih pada MJ...

BAHAN-BAHANNYA :-)

4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap biji dan rendam
100 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 cekek soo hoon, kerat dan rendam
3/4 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 kiub pati ikan bilis 'MAGGI'
Garam secukup rasa (nak letak serbuk perasa pun ok)
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga harum. Tambah kentang (toskan) dan gaul rata, masak sekejap dan tuang air secukupnya. Biar mendidih dan kecikkan api, masak hingga kentang 1/2 empuk.
  2. Tambah fucuk (toskan) dan masak lagi, masuk soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Kacau dan biar mendidih. Bila fucuk lembut dan kentang empuk, rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  3. Hidangkan dengan menabut hirisan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan. Tabur lada hitam sebelum dihidangkan...