FRIED EGG NOODLES....EQBAL GIVEAWAY..AGAIN!!

P1260054
Salam pagi Khamis, waa dah khamis saja..hmm 2 minggu lagi...ehem ehem apa tuu 2 minggu lagi..kena lah tunggu, cabaran ni bagi mat gebu...pengsann..haha, kita tinggalkan kesah tu dulu. Ni hari mat kurang sehat, malam tadi aku tidur punya lah awal, belum jam 12 dahh lelap. Lepas tu bangun pulak terlajak 6.30 pagi, tu pun abg mat kejut, kalau tak mau sampai laaa ni aku membuta tak hengat, pening pala, selsema dan dalam tekak macam ada durian D24 sebiji, sangkut2..huhu, tadi ni mat saja goreng egg noodles, ala2 rupa macam mee maggi tu, tapi mat beli yang kosong, jenama Cintan. Mat masak lah dalam 2 keping. Ok nanti kita lihat resipi dia yea, tapi sebelum tu ni mat nak war2kan..

Teman blogger Eqbal Zack menganjurkan GA di blog beliau, hadiah menarik dan anda yang berminat wajib sertainya. Bermula hari ini 3 March 2011 hingga 11 March 2011, jam 11.59 malam.. Seperti biasa, nak join ada lah syarat2 mudah...apa lagi...jomm!!, klik sini...tak nak kang, mat gebu kaut semua hadiah tuu...jangan nangesss!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping egg noodles (mat guna jenama CINTAN), celur hingga lembut dan toskan
100 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
2 pokok sawi bok choy, asingkan daun dan pelepahnya, cuci dan kerat
1 cawan hirisan kobis
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
Sos ikan secukupnya
1 camca teh cuka makan
Beberapa titik minyak bijan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam
2 camca besar kicap manis
Hirisan cili merah/hijau untuk hiasan
Limau kasturim belah dua, untuk hiasan
1/4 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah sos tiram, sos tomato dan kicap manis, kacau rata dan masukkan daging, tuang air dan masak hingga daging lembut.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar ia mengeras sedikit dan kacau hancur, masukkan kobis dan pelepah sawi, masak hingga lembut dan masukkan mee, kacau rata, guna api sederhana.
  3. Tambah serbuk lada hitam, minyak bijan dan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah/hijau dan perah limau kasturi sebelum dimakan.....penggsannnn >_<