IKUT LAH RESMI PADI....PASTI ANDA DIHORMATI.

Tags

Salam semua, n3 merepek sikit sebelum mat gebu masuk tidur...Hmmm..kadang2 rasa janggal bila kita dikata femes, popular dan ada nama...Itu semua orang yang bagi, kita bila menerima gelaran seperti itu mula lah, rasa suka, dan secara tak langsung timbuL perasaan "riak". Mat mengaku secara jujur dan ikhlas, perasaan riak pernah mat rasa, dulu masa bulan puasa, tiba2 DTS-MAT GEBU jadi panas bila UV 1 hari boleh mencecah 10+ k...kat mulut kata tak de apa, biasa2 jee, tapi hati dah mula timbul perasaan hebat lah kononnnnn....blog orang lain yang femes pun tak macam aku...haha. ini mat tak hipokrit, memang cerita dari perasaan...

Tiba2 teringat kata orang2 dulu kala, kita hidup ini biarlah ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi..Terus mat terfikir, kenapa orang dulu kala cipta perbidalan sedemikian rupa, bunyinya lembut, halus tanpa menyinggug mana2 perasaan tapi dalam maksudnya, penuh dengan pengajaran. Terus mat rasa, apa yang aku buat dulu tu memang salah, perasaan riak tu bukan boleh mendatangkan faedah tapi lebih kepada kemusnahan. Kita ni hidup sementara, segah macam mana pun bila tiba waktunya, semua itu tak de apa erti, biarlah kita dipandang tinggi dan dihormati sebab kesederhanaan, merendah diri dan kebaikkan kita, bukan kerana kita ni hebat sebab lagak kita...

Jadi mat kalau boleh nak lah jadi padi tu, sebab mat pun sedar, mat agak lama juga berblog, mat pandang tinggi pada blogger2 muda sekarang, mereka punya idea dan citarasa masing2 dalam berblog, ransangan kita beri hanya sebagai semangat untuk mereka berkarya, menulis dan merasa dihargai. Kalau mereka naik pun bukan sebab menumpang mana2 blogger ternama, walaupun dari pada satu sudut, orang akan berkata begitu. Pada mat berblog ni biar lah kita bersaing cara sihat, dan jangan lokek dan mudah melatah serta cepat berpandangan serong....kita tidak akan sentiasa hebat, ada masa perlu akur juga..biarlah kita tinggalkan dunia blog dengan nama yang baik dari dicemari dengan kutukkan yang tak sedap didengar....Akhir kata salam sayang dari DTS-MAT GEBU...