BLUEBERRY CHEESECAKE....LICINNN!!!...

Tags

blu ciskek
Salammm semua, ehem ehem, cheesecake lagi, ni kalau "Joe Millionaire" tu nampak, sah2 dia pengsan membayangkan kalori yang berkepuk2 macam duit dia tuu..perghh..sori bro!!. Ini mat buat tu hari..alaa tu hari, ada sesiapa yang tak dapat makan ke?..Huhu minta maaf yeaa sebab mat pun tak jangka ianya akan "licinnn" awal. Pada Puan Azila, tak pe, lain kali datang kita buat sama2, live from mat gebu kitchen, jangan lupa hangkut sekali Ben, kita dera dia buat cheesecake, itu projek nanti eks. Oh yeaa, untuk sekian kali nya...aku merembat gambar dari blog Sue Joshua, minah kering tapi vogue, jangan memain, koo nampak je dia kering, sekali dia "angkat besi"..haa hambikk..pengsaann (>_<)..besi tu kuali laaa...hahaha..sori sue. Ok mat tulis resipi dia, sebab mat ada adjust sedikit dari resipi asal..Resipi strawberry cheesecake pun sama macam ni cuma ada pertukaran bahan2 saja....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cream cheese (sah2 ada dah mula mengucap nihh)
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 camca teh esen vanilla (mat guna perisa vanilla butter)
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
Blueberry filling secukupnya (mat guna jenis yang ada biji2 blueberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...