GULAI PISANG MUDA BEREMPAH

P1290293
Assalammualaikum. Dah makan?..Mat hari ni seperti biasa, memasak menu pilihan. Gulai pisang muda. Dah lama juga tak masak pisang muda, semalam abah mat cadang suruh masak gulai ni dengan tulang ikan kurau, mat kan jenis ok semua, bahan2 ada, semua aku kasi ON, tapi kan kali ni not an ordinary pisang ok, mat guna pisang raja talun, eh sedappp rupanya pisang ni dibuat gulai dengan tulang ikan masin kurau. Pada mat pilihan tulang ikan kurau sebagai perencah masak adalah yang terbaik. Tapikan jika anda nak beli, kalau dapat pilih tulang ikan yang masih baru, tidak kuning dan kelihatan masih putih. Rendam dulu sebelum digunakan. Jika guna tulang belakang ikan, kerat segmen dia ketika anda nak masak, ini akan membuatkan rasa masakan anda lebih berperisa, kerana sum-sum ikan tadi akan keluar.. Ok mat tulis resipi dia, jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sisir pisang sayur muda
6 - 7 kepingan tulang ikan kurau, rendam
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
300 ml pati santan
1 liter santan cair
2 keping asam gelugor
Garam (jika perlu) dan gula secukup rasa
1 camca besar penuh kerisik

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
Secubit belacan
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dikupas sedikit kulitnya, hiris sederhana tebal dan rendam dalam air yang di letak 1 keping asam gelugor. Dalam periuk, masukkan tulang ikan kurau, bahan kisar halus, serai titik dan baki asam gelugor. Toskan pisang dan masukkan ke dalam periuk, gaul rata dan masak sekejap hingga mendidih.
  2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan masak hingga pisang lembut. Tambah kerisik, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan kerisik dan daun kunyoit kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh mati kan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....Kalau makan keesokkan hari lagi sedapppp!!..