URAP PUCUK UBI.......AKU TERLEBIH TENAGA?..

P1290346
Salam, dah santap semua?..Hmm, mat belum lagi, ntah lah macam tak bess je tekak ni..alah aku kalau tak makan 2 tahun pun orang tak perasan, sebab gebu. Hari ni mat buat urap puck ubi, campur kerang lagi. Pucuk ubi ambik kat tanah rendah dekat2 rumah mat ni. Campur taugeh, mat suka taugeh, bagi mereka yang tak makan, atau ada pantang, sila jangan letak yea, manalah tau nanti tertumbuh pulak pokok taugeh kat mana2 bahagian tubuh..dahh mat gebu yang kena...kannn. Urap ni kira ala2 salad lah kan, selalunya kalau orang2 Jawa, mereka kalau buat nasi ambeng, wajib ada urap pucuk ubi....Hmm, masa mat masak2 ni ada satu peristiwa terjadi..cer tengok gambar bawah ni, nampak takk?...

Selalunya mat kan apa2 semua tumbuk dengan lesung, tadi mat tumbuk bahan2 untuk rencah urap tu, mat perasan, bunyi lesung batu tu berbeza sangat, lagu dia tak sama macam selalu. Mat periksa, tapi nampak semua dalam keadaan baik. Masa dalam proses menumbuk hampir siap, tiba2kan, terkopak nkoo pipi lesung tu, waa, pecah sudah..oo no it's a sign, bad omen...tu kata orang dulu2 lah, mana boleh percaya sangat, kalau terjadi pun secara kebetulan, ke sebab mat gebu terlebih tenaga?...hmmm..Ok, kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, asingkan dari tangkainya dan rebus hingga lembut, toskan
150 gram taugeh, buang esor, cuci dan toskan
1/3 cawan isi kerang
1 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit cerah
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah, dimayang halus

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2.5 inci isi cekur
2 biji cili merah
5 biji cili padi
1 1/2 camca besar udang kering, rendam dalam air panas sekejap dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diperah, kemudian hiris halus. Taugeh dibuang ekor, cuci dan toskan. Kelapa parut putih digaul bersama bahan tumbuk halus dan isi kerang. Tambah garam dan gula secukup rasa, jika nak guna serbuk perasa pun ok.
  2. Masukkan taugeh, hirisan bawang merah dan hirisan pucuk ubi tadi, gaul rata2. Kemudian masukkan ke dalam kuali tanpa minyak dan goreng sekejap hingga suam dan taugeh sedikit lembut. Alih dalam bekas sesuai dan hidangkan