AKU DAN BUBUR KACANG DURIAN....

P1300005
Salam semua. Jika dikenang2 kan masa sungguh pantas beranjak, tinggal kurang lebih tak sampai 2 minggu lagi kita umat islam akan menyambut Ramadhan. Maka bermula ibadah puasa. Di Johor ni kalau bulan Ramadhan, sajian2 manisan sering kali diberi perhatian utama, tapi pada pendapat mat ianya lebih menjadi kegemaran orang berusia dan dewasa. Para muda-mudi agak kurang meminatinya. Paling ketara macam bubur kacang hijau, kalau generasi muda ada yang tak berapa gemar. Mat sendiri banyak kenangan dengan bubur kacang. Menjadi santapan utama arwah nenda kami semasa hayatnya ada. Arwah abang mat pun antara penggemar bubur kacang, lagi2 bila ada durian...hmm, tiba2 rasa sedih..huhu al-fatihah untuk mereka2 yang telah pergi mengadap maha pencipta. Perasan tak mat makan bubur kacang tu dengan biskut krim kraker, tu antara feberet mat selain makan dengan roti. Kalau dapat biskut Osborne pun sedap....mat tulis resipi dia yea, yelah. kan wajib ada resipi bila ada entri masak2..betul tak?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan*
2 cawan air*(*disatukan dan masak hingga gula larut, tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 biji durian (dalam 7-8 ulas isinya)
Sedubit garam
Gula, jika kurang manis
1 liter santan
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang, kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih. Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.
  2. Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas. Juga sedap dimakan bersama roti atau biskut krim kraker..