MAK GUA MASAK....APA KES GAMBAR MAMAT TU?

P1290988
Kan kata dahh, mat gebu tak masak..serius!!..Hari ni lemau sangat, masak pun bonda yang buat, mat masak nasi jee. Tapi kan bila bonda masak, walaupun simple dan very typical kampung nya lauk, kira ala2 bekal poey motong gotah, rasa dia sungguh berbeza. Makan ni dengan nasi hangat yang dimasak sedikit lembut, pun sudah memadai. Lepas tu satu lagi, abah mat dia ni ringkas menu, tapi kan agak cerewet, kalau nak tau abah sorang saja yang makan nasi guna sudu dan garfu sejak duluuuu lagi, tak kira masa, bila sesekali dia makan guna tangan, ya Allah, janggal sungguh nampak gayanya..apa2 pun ikut keselesaan lah kan...kita hidup ni tak de paksaan, yang mana elok kita guna, yang tak elok kita jadikan ikhtibar...Eh ada satu cerita lagi, cer tengok bawah ni.....

Uikk...ni mana punya mamat pulak sesat dalam DTS, pose ala2 model...tapi kan memang betullah model. Sebenarnya kan mat tatau lah nak cerita macam mana, apa yang pasti jika anda nak tau apa kesah budak berbaju hitam, sila baca di sini....kira ini berita hangat untuk blogger2. Jangan lupa pi tengok, bagilah sokongan moral sikit pada teman kita.. Ok masa untuk resipi pulak....Model, nkoo dah boleh balik ke tempat asal yeaaa...terima kasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit@terung rimbang
1 genggam ikan bilis tamban, buang sisik dan tulang, rendam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
6 biji cili hijau, hiris
1 inci belacan, dihancurkan dalam sedikit air
1 kiub ikan bilis "maggi"
1/3 cawan jus asam jawa
Garam secukup rasa
Secubit serbuk perasa
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu, masukkan belacan, kiub ikan bilis, ikan tamban dan juga terung pipit tadi. Kacau rata. Masak sekejap dan tuang jus asam jawa, tambah sedikit lagi air dan renih kan hingga terung lembut.
  2. Tambah garam secukup rasa, sedikit serbuk perasa dan secubit gula. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman..