ANDA PERLU LAH FAHAM......

Tags

(Gambar Ehsan Google)

Assalammualaikum, nak tulis sesuatu sebelum masuk tidur. Macam mana yea mat nak mulakan. Ramadhan semakin hampir, dan orang mula sibuk riki2 mencari resipi biskut raya, yang terbaru dan terhangat di pasaran. Permintaan resipi2 baru pun agak banyak, mat sendiri pun menerima email dan juga pertanyaan mengenainya. Sebelum tu mat minta maaf, sebab nya mat pun bukan lah pakar atau expert, sekadar mencuba dan melakukan penyesuaian bahan2 saja. Ada juga yang kata, mereka minta resipi dari sekian orang, tapi tidak dilayan... Hmm, kita kena juga ingat, jika kita minta dari peniaga kuih dan biskut, ada kemungkinan mereka agak keberatan untuk memberi, yelah mereka sendiri mengeluarkan duit untuk mempelajari sesuatu resipi, sekurang2nya biar lah mereka buat dan menjual terlebih dahulu...Insya Allah dipenghujung2 Ramadhan berkemungkinan resipi akan mereka beri sama ada di ruang perkongsian resipi di internet atau blog (tapi bukan lah semua....)

Mat ada satu cerita pasal ni, sedikit masa dulu, sibuk pasal sejenis biskut melanda Malaya, iaitu "BISKUT SUJI BRUNEI". Mat mula2 malas nak ambik port, tapi makin lama, makin ramai yang tanya. "CM" u tak dak kaa resipi suji brunei, sampai mat sms "Kak Mon Brunei" yang dok diam di sana, kak mon balas dan dia bagi resipi, bila mat share, mereka kata ni sama macam biskut suji kita jee CM..Waaaa...macam mana ni, ada juga peniaga yang tau, tapi kita ni jadi manusia hagak2 lah kalau nak pun, perlu lah sabar...lagi pun apa2 orang nak bagi biar ikhlas dari hati mereka, jangan sebab rasa terpaksa. Akhir nya resipi tu muncul, diberi oleh salah seorang geng masak2 kami....dan mat pun buat...di sini...berbaloi...sedap!!...

Ok tu saja lah yea, jadi bagi puan2 semua, harap bersabar, bertenang...jangan mudah buruk sangka jika pertanyaan dan permintaan kita tidak diendahkan, mereka mungkin ada sebab tertentu dan pada mereka2 yang pakar tu, apa salah berkongsi resipi bila tiba hujung2 ramadhan, lagi pun ini kira "pahala" juga, tapi biar lah berkongsi dengan ikhlas.. Salam sayang dari DTS-MAT GEBU, minta maaf jika ada terlanjur kata terkasar bahasa....