APAM BALIK SERI KAYA....TEMBAMNYAA!!!...

P1290664
Kalau ikutkan hati, malas dah nak up entri, rasa macam nak tidur jee...huhu, letih dan penat lah, lagi2 kena sakit molot ni, nasib baik tak demam, cuma hangat badan sikit siaa..Hmm...cobaaannn!. Pstt..amacam apam balik tu, tembam tak?...Bukan saja tembam, tapi lembutt, dan spongy gitu, gigit je tenggelam, kalau kemam dengan bibir pun tenggelam gak, sesuai ni bagi yang gigi tak de atau kurang macam mat gebu...hehe. Resipi ni mat ambik dari blog Kak Ummi Kuantan....atau nama "goyang2" dia..mekkk rebbit..comeyynyaa..kann.. dan resipi asal dari JoAyee...yang ni geng masak2 mat, lamaa dah, dok di Ireland...terima kasih pada mereka berdua..

P1290671
Mat guna non-stick pan saiz 8 inci dapat dalam 6 keping apam balik yang gebu2. Kalau ikut nama kan apam balik seri kaya kan, kalau anda nak letak inti sepeti apam balik biasa pun boleh, letak inti cream corn, kacang tanah dan sedikit gula pasir dan marjerin. Sekarang ni kalau tengok apam balik dan macam2 pesen kan, ada pulut, kacang merah dan kelapa...hmm, nanti kan nak buat apam balik savory plak..letak inti tuna...rasa ok tak?..Komen sikit..

BAHAN A :-)
225 gram tepung gandum
30 gram gula halus
1/4 camca teh baking powder
1/2 camca teh instant yeast (mauripan)
250 ml susu segar (mat guna susu rendah lemak)

BAHAN B :-)
1 biji telur, dipukul sedikit
30 gram gula halus
1 camca besar minyak masak (mat guna mentega cair)
1/4 camca teh soda bicarbonate

BAHAN LAIN :-)
Sedikit marjerin (jika suka)
Seri kaya secukupnya (mat guna jenama Yeo's)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 A, kacau rata dengan whisk dan perap 1 jam pada suhu bilik.
  2. Masukkan semua bahan2 B ke dalam adunan no. 1 tadi dan kacau rata. Ketepikan sebentar.
  3. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan ke dalam pan tadi dan ratakan. Masak dengan api kecil, selama 1 -2 minit hingga permukaannya berlubang2 dan kering (mat tutup sekejap dengan tudung periuk).
  4. Angkat dan sapu dengan sedikit marjerin dan seri kaya, sapu nipis sahaja. Lipat dua dan tekan sedikit. Buat kaedah sama dengan baki adunan tadi. Hidangkan untuk minum petang.....Terpenggsannnnnn >_<