BILA KENANGAN ITU DATANG KEMBALI....

Tags

P1260192
Masih terdengar gelak tawa mereka.. riuh rendak usik mengusik antara blogger. Keakraban terbina dengan sungguh harmoni..hmmmm, meski pun mat dah biasa merai tetamu yang agak ramai walaupun bermusim, tapi pada masa itu, ianya adalah sesuatu yang begitu bermakna pada mat sebagai seorang blogger masak2. Tak pernah terfikir akan sejauh ini penerimaan mereka terhadap DTS. Atas perancangan lebih 2 minggu oleh Ben Ashaari, maka terjadi lah perjumpaan di Sedenak ini. Terima kasih mat pada Ben...tanjaatt bebenn..kann..

Kehadiran lebih 40 tetamu dari pelbagai aliran blog sungguh mengharukan, mereka datang silih berganti (dalam gambar tu sebahagian dari mereka). Anda tau tak, masa ni lah Sunah dan Ady Budika pertama kali bersua muka...bertentang mata dan berjumpa antara satu sama lain. Satu kenangan yang bersejarah...Moga mereka diberi kekuatan untuk menempuh dugaan hidup...insya Allah jodoh mereka kuat, kita sama2 berdoa..

Bila lihat balik gambar tu, mat terasa sesuatu..Yelah, jika masa kita dapat putar balik, ingin rasanya mengekalkan hubungan ke akraban seperti itu sehingga hujung nafas kita. tak de pertelingkahan, masing2 bertolak ansur dan meletakkan tahap keegoan pada pemikiran bukan pada rasa amarah, namun apa2 pun berlaku, sudah ketentuan Ilahi, walaupun sebenarnya ia ada lah dari sifat kelalaian kita sendiri. Tak pe lah, biar masa akan menentukan segalanya kan, kita hanya mampu berdoa, insya Allah satu hari nanti, semuanya akan menjadi sedia kala.. Selesai sudah sesi mengimbau kenangan tak berapa lama dulu....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU...