UDANG LEMAK NENAS....LAUK PRANAKAN..

P1290699
Salam semua...dah nak malam, baru sempat masukkan entri...hari ni masa ketat, sapa kata duduk dirumah besss...sedapp dan banyak masa...hmm. Nampak mat selalu je on9 kan, kejap menceceh kat FB, menegur orang2..Hakikatnya sambil2 melakukan kerja...hmmm, nak cerita pun bukan bes sangat, elok kita kesah kan pasal resipi ni hari. Hari ni sebab ada nenas Sarawak sebiji, mat masak udang lemak nenas, lauk2 tradisi orang pranakan kira ni authentic baba nyonya nya lauk. Kalau anda pernah saksikan dulu, Chef Florence Tan pernah masak resipi seakan2 ni di rancangan masak2 "Dapur Nyonya" di TV3...

P1290701
Kali ni mat guna udang pengantin atau udang kaki merah, harga memang ada sikit mahal, ikut saiz, macam yang mat masak ni kurang lebih RM 47 per kg, tapi mat beli 1/2 kilo saja, tu pun banyak dahh. Kalau nak masak sambal atau pun sweet sour ok juga, tapi abah mat, kalau udang2 macam ni dia lebih suka masakan yang berkuah, sebab manis jus udang tu menambak kesedapan masakan kita. Nenas tu bertindak sebagai pengimbang rasa, yelah lauk2 lemak ni kan kalau tak iye2 sedikit muak, bila ada nenas yang manis2 masam, rasa dia ala2 balance kan. Penggunaan serai dan daun limau purut salah satu elemen wajib dalam kebanyakkan masakan orang2 peranakan...Waaa terpanjang pulak cerita, ok kasi pantun satu dulu, lepas tu kita lihat resipi...

DUDUK DI ANJUNG MAKAN MANGGA,
CICAH GARAM TAMBAH SELERA,
UDANG LEMAK NENAS DALAM BELANGA,
SILA TUAN PUAN MENJAMU SELERA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang kaki merah@udang pengantin, dibersihkan
1 biji nenas sarawak saiz sederhana, kupas kulit, belah dan hiris sederhana tebal
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
200 ml pati santan
1 liter santan cair
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
3 keping hirisan lengkuas
3 biji cili merah + 10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan kisar halus, tumis hingga harum dan pecah minyak. Tambah nenas dan udang gaul rata, masak hingga udang bertukar warna.
  2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih. Masuk asam gelugor dan juga daun limau purut. Tambah pati santan, kacau dan biar mendidik perlahan, gunakan api kecil dan kacau sekali sekala.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain....Sedapppp...Neo pun boleh pengsann >_<