JOM MAKAN KEK...EHHH..PUASA LAH NI HARI!!..

Tags

P1300241
Selamat pagi Isnin semua....Erkkk, mana menu sahur?..Hehe, makan semalam punya lauk daa..jadi tak payah lah kan interprem itu semua, cuma petang nanti mat share skit lah. Kali ni entri santai2 saja, nak share kek yang mat buat semalam masa menjamu tetamu 3 dedara's semalam. Ini kek biasa je, mat tak letak lah resipi dia, sebab dah banyak kali, dan takut dah orang jemu, jadi jika anda teringin nak mencuba boleh klik sini. Anda boleh hias ikut kreativiti sendiri, jangan risau tak lawa, janji ori punya. Pstt untuk hari raya pun lawa gak kan, haha, baru pesday puasa dah sebut raya...kacauu betul ini mat gebu...haha.

Tahun ni masuk tahun ke-4 mat berpuasa sebagai blogger, hmm sejak berblog banyak impak berlaku pada mat, terutama penambahan teman2 alam maya. Dari hanya bertegur sapa hingga membawa perjumpaan 4 mata, tapi kebanyakkannya mereka hadir di kediaman mat gebu. Terima kasih sudi singgah ke pondok mat gebu. Seronok ke menjadi blogger ni, terutama blogger masak2?...Hmm seronok sangat sebab dapat berkongsi idea memasak dan teknik2 terbaru, bila ada kemuskhilan kami akan berbincang dan yang menariknya, mereka2 yang pakar juga akan turut serta...

Akhir kata, mat ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa pada semua. Terima kasih atas penerimaan anda dengan blog DTS-MAT GEBU. Assalammualaikum dan sampai jumpa.....